Thursday, March 19, 2015

Pas bergolak kerana pemimpin takut hilang kuasa

Alhamdulilah, hukum hudud berjaya diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dun Kelantan. Dikatakan Husam Musa dan Roslan Puteh tidak hadir dalam pengundian tersebut. Jika benar Husam tidak hadir, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.

Walaupun Nizar menolak hudud semasa menjadi menteri besar, video ini tetap menjadi mainan penyokong pembangkang satu masa dulu.


Ramai pemimpin Pas sependapat dengan Khalid Samad. Tetapi penyokong Pas sengaja memekakan telinga.

"DAP itu kafir, patut dia menolak hudud. Umno menolak hudud, agama apa? Umno pernah dikecam seperti ini. Sekarang PKR jelas menolak hudud. Apa kata penyokong Pas.?



Kejayaan perlaksanaan hudud di Kelantan sepatutnya diraikan oleh penyokong Pas. Sebaliknya kebanyakan dari mereka menyokong Pkr dan Dap menolak hudud.

Mereka mengecam Hadi bukan kerana Hadi hilang kepimpinan, sebenarnya mereka menolak Hadi kerana membenarkan Pas Kelantan membentangkan enekmen jenayah syariah.

Hudud tidak dipersetujui oleh Dap dan Pkr. Adalah tidak menghairankan jika semua pemimpin Pas Batu meletakan jawatan.

Hudud bukan agenda kebanyakkan pemimpin Pas. Agenda utama mereka hanya menumbangkan umno walau apa cara sekalipun.

Hudud itu hanya 'bahan' untuk menumbangkan umno.

Apapun, semoga hudud di Kelantan menjadi perintis kepada syariah Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment