Friday, January 8, 2016

kerajaan paling lemah lembab lemau le apa lagi.??

gst penyelamat ekonomi negara rakyat boleh terima. Rakyat tidak boleh terima kerajaan terlalu boros. Perdana menteri sekeluarga masih bermewah sedangkan rakyat bergelut untuk meneruskan hidup.

Hari ni Najib tweet menggesa menteri  berhemah berbelanja. Najib fikir rakyat ini lembu.

Kerajaan tidak boleh membantu rakyat sebab pendapatan minyak turun. Bila harga minyak naik kerajaan juga menaikan minyak.Rakyat semakin tertindas menteri² sibuk pulun harta.

Kerajaan sekarang kerjaan haram jadah. Itu gambaran kerajaan sekarang. Tipu sana tipu sini.

Kurangkan subsidi alasan buat sekolah, buat jambatan, buat highway, buat MRT. Tapi bila dah siap rakyat kena bayar dengan bayaran yang tinggi. Kalau orang melaka panggil lahabau, kalau orang selangor sebut, apa la sial.

1MDB jangan la sebut. Itu mesin korek duit menteri² umno. Yang sialnya 1MDB ni ialah ringgit jadi jatuh, rakyat makin susah. Orang umno tahu ke erti susah. Yang dorang tahu, macam mana nak songlap duit.

Ambik satu isu teksi uber. Dah terang² Uber tu haram, tapi disebabkan dibelakang uber malaysia ialah menteri kanan, selambe je mereka jalankan operasi.

Seorang lelaki mengamuk disebabkan beliau tidak boleh renew roadtax, alasan beliau memiliki saman kereta yang sudah dilupuskan. Tanya pengarah JPJ, pengarah tak boleh jawab. Dari pagi sampai ke petang masalah tak selesai,

korang pikir sendiri la kalau terjadi benda ini pada korang. Kereta sudah dilupuskan alih² jpj main belakang.

Kalau jpj berintegriti tidak wujud isu kenderaan klon. Ini semua permainan orang dalam. Mustahil benda ini tak boleh dijejak dalam sistem. kokak sangat ke sistem jpj malaysia ni.

Yang pasti pru akan datang jangan bagi umno memerintah. Kalau tak rosak malaysia dikerjakan oleh mereka.

No comments:

Post a Comment