Semasa prk Semenyih, PH telah menuduh umno memberi dedak kepada PAS RM90 juta. Selepas beberapa waktu, semasa KP SPRM berkunjung di Terengganu Mohd Shukri ABdull mengesahkan tiada duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun PAS.
Bagaimanpun kenyataan beliau telah disangkal oleh Tun Mahahir dan SPRM tiada pilihan selain meneruskan siasatan. Akhirnya Latheefa Koya membersihkan PAS dari fitnah Anwar Ibrahim dengan tidak menyenaraikan PAS sebagai entiti yang dipaksa memulangkan duit 1MDB.
SPRM Pekakas Politik.
PH telah mempergunakan SPRM bagi tujuan politik. Orang yang mengenali Tun faham apa yang dilakukan oleh SPRM. Dalam keadaan sekarang kemungkinan umno akan dibubarkan.
Kelemahan pentadbiran PH bukan sebab utama mengapa umno perlu dikuburkan. Tetapi kerana parti Bersatu tidak mendapat tempat di hati orang melayu, pengharaman umno diyakini mampu menguatkan parti bunga.
Setakat hari ini, belum ada satu amaun tetap berapa jumlah duit 1MDB hilang. Malah belum ada pendakwaan di makamah berkaitan dengan 1MDB. Tetapi SPRM telah membuat jalan pintas mahu melucutkan harta di bawah AMLA.
Jakel dan Rayhar Travel antara yang dituduh mendapat duit 1MDB kerana menurut SPRM pentadbiran Najib telah memberi satu amaun kepada mereka.
Jakel sudah memberi kenyataan bahawa bayaran tersebut adalah bagi sumbangan banjir dan kebajikan oleh umno dan umum tahu bahawa 1MDB membuat kebajikan dengan menaja haji.
Walaupun mereka boleh mencabar keputusan di makamah, mengapa kerajaan harus menyusahkan mereka? Adakah selepas ini semua peniaga perlu menyoal pembeli dimana sumber duit mereka?
Jika SPRM mempunyai bukti kukuh, mengapa pesalah dilepaskan dari menerima hukuman? Bukankah menggubal wang haram boleh dipenjara?
Jika SPRM telus mengapa tidak menyiasat projek terowong yang ternyata sah meragukan? Kenapa tidak ada seorang pun yang disenaraikan tidak melibatkan MP melompat parti? Jika dahulu SPRM korup dibawah Najib, kenapa tidak membuka semula skandal rasuah berpuluh juta di Sabah?
Satu persoalan, jika benar dakwaan Najib bahawa RM 2.6bilion itu masuk secara sah dengan kebenaran bank negara mengapa bank negara tidak menyiasat sumber duit itu dan mengapa bekas gabenor negara itu tidak didakwa malah dilantik menjadi pengerusi PNB?
No comments:
Post a Comment