Buy muslim first bukan boikot tapi satu kempen yang digerakkan semula oleh netizen kerana non muslim tidak menghormati perpaduan.
Apabila cadangan PPIM mengesyorkan logo halal ditulis mengikut bangsa produk mendapat perhatian media, suara yang menentang tulisan jawi menjadi senyap.
Dalam sidang media selepas mesyuarat kepimpinan PH, Tun ada menyentuh perkara ini. Ia bermaksud kempen mencapai sasaran.
Orang melayu ada masalah dalam perniagaan. Sikap adalah punca utama selain tekanan daripada sesetengah pihak.
Walaupun begitu benarkah tanggapan orang melayu tidak pandai berniaga atau orang melayu suka menipu?
Kedai makan juga perniagaan, menjual secara online juga berniaga dan banyak lagi melayu berurusniaga tanpa premis. Jadi tanggapan orang melayu tidak pandai meniaga sedikit silap.
Jika timbul isu melayu suka menipu, ramai juga orang cina yang menipu atau mengenakan caj yang mahal. Tapi disebabkan tanggapan cina tidak menipu, maka isu tersebut tidak diperbesarkan.
Banyak juga komen negetif daripada orang melayu sendiri apabila inisiatif keutamaan membeli barangan muslim. Antaranya ialah rasis. Persoalan, salahkah kita rasis sedangkan bangsa lain juga rasis.
Berapa ramai orang cina membeli di Mydin atau kedai melayu?
Orang melayu yang berjaya biasanya akan memandang rendah dengan bangsanya sendiri. Pandangan sinis kepada mereka yang hidup sekadar kais pagi makan malam. Mereka melabel golongan ini ialah melayu yang malas berusaha dan hanya tahu meminta darpada kerajaan.
Salahkah melayu mohon insentif daripada kerajaan. Kerajaan adalah orang yang diberi amanah untuk mentadbir kekayaan negara.
Orang melayu yang berjaya jangan jadikan kejayaan yang dikecapi sebagai paksi untuk memperlekehkan orang lain. Allah jadikan pelbagai kaum dan kelebihan diri. Ada yang berjaya ada juga diduga dengan kemiskinan. Jangan terlalu sinis dengan mereka, kerana dugaan Allah pada umatnya tidak akan terduga oleh manusia.
Seperti mana perumpaman, melayu harus bersatu untuk membina bangsanya sendiri. Mamak berjaya kerana berpersatuan, cina berjaya kerana sokongan melayu jadi tidak salah jika sokongan itu diarahkan kepada melayu yang mahu berjaya.
Mereka senyap bukan kerana politik, tapi mereka diam kerana kempen memusnahkan kekayaan mereka.
No comments:
Post a Comment