Saturday, January 30, 2021

Kejujuran sudah terpadam

Kebocoran data peribadi tidak dipandang serius oleh masyarakat walaupun perkara itu mereka sedari. 

Data peribadi hanya dijual serendah seposen. Sebab itu kadang kala kita menerima panggilan daripada pihak yang tidak kita kenali tetapi mereka tahu butiran peribadi kita. 

Mengambil contoh, sehari selepas membuat satu tuntutan dari agensi kerajaan, satu emel phishing dihantar oleh pihak yang tidak sepatutnya. Maaf, ia dilakukan secara offline dan hackers bukan kaki mencuri.

Semua orang tahu kronologi macau scam, jika dalangnya Addy Kana kenapa satu rakaman dari scammer yakin beliau dibebaskan. Jika bukan viral, mungkin benar mereka akan dibebaskan.

Samseng, polis, pegawai atau sesiapa sahaja yang berkuasa akan paw jika ada peluang.

Kenapa orang Islam mengambil wang dari sumber tidak halal?

Bukan kerana gaji rendah, tapi bilamana yang haram menjadi darah daging, kekesalan itu sudah tidak wujud dalam hati.

Bandit menguasi ekonomi gelap, mungkin hanya di Brunei dan Korea Utara ia tidak berlaku. Jangan fikir untuk membasmi kerana ia perkara yang tidak mungkin, hanya pemimpin akhir zaman mampu menghapuskannya.

Kenapa?

Kerana pemimpin akhir zaman tidak akan melakukan rasuah, adilnya hingga tiada golongan asnaf.

`2,500 profesor kita tiada kualiti’ – Dr. Arshad

Pandangan tokoh pendidik, bukan aku yang cakap. Tahu apa masalahnya?

penyelidik dari luar negara mengkritik hasil tulisan kajian sains sosial segelintir pensyarah tempatan sebagai substandard. Soalan mereka, kenapa kajian mudah seperti ini perlu lima hingga enam orang penulis? 

Dr. Nuurrianti Jalli.

terdapat segelintir penyelidik atau bakal profesor tidak meletakkan kualiti penyelidikan sebagai keutamaan kerana membudayakan amalan ‘menumpang’ atas hasil kerja orang lain, memikirkan pangkat, jawatan tinggi lantas mengakibatkan hasil penyelidikan terperap begitu sahaja tanpa dikomersialkan secara meluas

Dalam akademik pun begitu apatahlagi politik, jangan harap ia seperti kain putih. Bila kejujuran dan kebaikan sudah terasing, semakin lama Islam juga terasing.

No comments:

Post a Comment