Bukan mudah mengurus kebebasan bersuara, kalau mulut tempayan senang nak tutup, mulut orang la ni hentikanlah.
Sekolah buka salah tutup pun salah, buat takwim salah tak buat takwim pun salah. Buat pkp salah tak buat salah, tutup kedai awal salah tutup kedai lewat pun salah.
Jika terjentik apa jua yang ditulis diatas, itulah yang disebutkan.
Pendapat tidak dilayan dikatakan ditaktor, jika dilayan satu kerja pun tak jalan. Bila negara lain terus berkembang pandai pula menyalahkan kerajaan.
Seperti dalam persatuan sukan, pengurusan banyak membuat keputusan tapi bila pasukan tidak perform jurulatih akan dipersalahkan. Ini antara sebab kenapa jurulatih kita diluar lebih menonjol.
Sesuatu keputusan pasti ada pihak yang tidak berpuas hati, sepatutnya jika pakar sudah membuat keputusan lakukan dahulu nilaikan keberhasilan.
Najib jual proton dia hilang jawatan ironinya bila X70 dikeluarkan ramai yang memuji proton.
Sakit mental.
PKP membuatkan emosi tidak stabil atau sememangnya ramai dah sakit mental.?
Bila kata sakit mental mesti gila, pasti akan ada yang hendak menempelak. Baca dulu katagori² sakit mental baru komen bukan tangan jalan dulu baru otak nak berfikir. Inilah contoh sakit mental.
Tidak menafikan ada keputusan seperti projek kerajaan atau perangai orang politik perlu dibidas tapi pastikan ia bukan fitnah.
Daripada buat dewan RM35 juta lebih baik kerajaan beli rapid kit ujian covid. Untuk apa musim covid ahli politik perlu membuat sumbangan seperti mengadakan kenduri, kan dah satu kg perlu disaring.
Ahli politik yang tidak mengikut sop, ini yang perlu dididik.
Mental disoder disebabkan banyak faktor, persekitaran banyak memberi tekanan dan pola kita berfikir. Di pejabat bos moody, balik ke rumah jalan sesak, di rumah anak menangis, belum hujung bulan brg dapur dh habis, buka fone cerita politik caca marba dan akhirnya apabila ia berulang² otak akan jammed, murung.
Rutin kehidupan di bandar, sama seperti kita membuat tawaf cuma bezanya kita berzikir semasa melakukan ibadah. Kalau berpusing kita sibuk dengan karenah sekeliling, begitulah kehidupan kita. Kita perlu perihatin tapi jangan ambil kisah dengan semua hal.
Menulis dan bercakap macam ustaz, tapi inilah bukan mudah untuk mengenepikan hal sekeliling. Group whatapps berpuluh, mustahil zaman ini mengelakkan fitnah.
Menulis untuk luahan dari tekanan, covid suka atau tidak perlu ada penyelesaian. Tapi dengan apa? Vaksin?
No comments:
Post a Comment