Kalau kepala gang ada title datuk seri, apa nak heran bila baling batu boleh kena kepala datuk.
Anugerah hak prerogatif istana, tapi bilamana pemberian tidak dijaga ia tidak mempunyai nilai.Penyanyi datuk, pengacara datuk, juri sebaris pegang datuk, separuh penonton datuk, penaja confirm datuk. Cuma bos susu belum ada datuk.
Unsung hero jarang dapat datuk, walhal mereka inilah pejuang dunia. Ustaz Ebit, Uncle Kentang, Bro Lando, ramai lagi Ngo jadi pejuang kemanusian, semoga mereka dirahmati Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى).
Tak salah menghormati pemimpin, tapi pemimpin sekarang bukan pemimpin yang boleh diagungkan. Pemimpin dahulu dialah ulama dialah pejuang, demi agama, bangsa dan negara nyawa ditaruhkan, apa perjuangan pemimpin sekarang?
Ambiga, Gopal Sri Ram dan Thommy Thomas mereka adalah sekelompok Siti Kassim.
Soalan mudah, apa hasil siasatan video menteri MITI?
Kenapa Ahmad Maslan didakwa tapi Tok Pa dilepaskan, Mas Emeryati juga terlibat tetapi orang lain yang bersungguh didakwa.
Cukai RM1.69 billion.
Belum ada duit rompakan dicukai, tapi Najib perlu melaluinya, sudahlah harta dirampas dipaksanya bayar cukai.
Najib didakwa kerana dapat wang haram tapi pada yang sama LHDN mengenakan cukai wang haram itu, belum ada perompak didakwa sebegini.
Sebelum ini Mahathir tidak puas hati kerana anaknya dipaksa membayar cukai, apabila berkuasa semula dia membalas dendam.
Tun Hasham tidak seperti Rosmah, tapi apa perlunya dibandingkan isteri orang? Hanya manusia sakit je yang membanding-bandingkan.
Dandan rambut Rosmah RM2k, sebulan gaji aku. Lepas itu acah-acah elok tolong orang miskin.
Orang seperti ini sakit, tapi tidak sedar otaknya sakit. Gaji kau sebelun RM2K, berapa kau sedekahkan kat orang?
Semacai aku tidaklah otak aku sakit. Kalau terbukti Najib rembat duit rakyat, kroni macam Mahathir atau Muhyiddin, yea patut dia didakwa.
Skandal IBestariNet, ECRL dan HSR dikatakan Najib ambik percent, setelah mendapat kuasa Najib tidak dapat dikaitkan.
Mahathir fikir Najib macam dia, semua projek mega Mahathir jika tidak dapat kat anak, kroninya kaya. Tapi kerana orang tua ini kadang-kadang memandu proton dan biasanya Tun Hasmah hanya memakai baju kurung so nampak zuhud macam lebai pakai jubah.
Marina yang dok goyang kaki begitu, berjuta-juta masuk dalam bank, kau dapat apa?
Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sibuk dengan Najib didakwa, tapi kau tak fikir macam mana Gnanaraja boleh menipu syarikat terowong untuk selesaikan kes rasuah.
Macam inilah jika otak kau beku, Kau mintak tolong orang selesaikan saman, mestilah kau kena saman.
Zenith rasuah siapa?
No comments:
Post a Comment