Bahasa pasar pemimpin umno yang pro Muhyiddin.
Umno dah kalah, daripada takde kuasa ada kuasa balik, dapat projek nak apa lagi, ikut je la Muhyiddin.
Kalau begitu lebih baik jadi ahli parti bunga daripada ahli umno.
Mahathir dah cuba meruntuhkan umno, tapi gagal. Muhyiddin dalam proses yang sama, tapi lebih licik kerana Mahathir digelangi oleh PH.
Tapi aku yakin Muhyiddin juga gagal, akar umbi umno bukan akar bersatu. Yakinkah orang bersatu keluar umno kerana perjuangan?
Tidak dinafikan jika anuar musa, kj dan hishamuddin keluar daripada umno parti ini semakin lemah walaupun mereka tiada jawatan dalam parti.
Kenapa Muhyiddin lantik menteri bukan dikalangan orang kuat parti?
Pemuda yang kelaparan akan membontoti KJ sementara Anuar Musa melalui kartel akan menawarkan projek, berapa banyak projek dalam wilayah?
Tanya Tun Faisal, dia dah kenyang ke belum?
Mengkritik Wak Jahid kerana umno dalam celaru dan lemah, orang separuh masak yang memberikan pendapat sebegitu. Pemuda sepatutnya menjadi benteng presiden, sebaliknya kita akan menyaksikan pemuda mengkhianati presiden parti.
Dia presiden dikala umno kalah tapi dia setup politik dan menang prk 5 kali, tapi apabila dia mempercayai Muhyiddin, dia tersalah memilih rakan.
Jika dalam bisnes, rakan kongsi makan kawan.
Kalau Tok Mat menjadi presiden, Tok Mat juga akan dikecam. Sebab pemimpin umno memang tak pernah cukup dengan duit.
Masa umno memerintah, berkaraoke 10K semalam, biasa.
Kalau Muhyiddin jujur, kenapa lama sangat menyiasat dan membekukan aset umno?
Perundangan bersih dari tangan politik?
Tommy Thomas mengaku Mahathir banyak memberi arahan, kau rasa Najib je yang korup?
Walaupun ada video, kenapa Azmin Ali boleh terlepas?
No comments:
Post a Comment