Wednesday, March 3, 2021

miskin patut dibantu bukan dicukai


Sebelum menang kerusi Segamat dia berjanji akan menjadi menteri bergaji seringgit. Bila dah jadi menteri, jangan katakan gaji, rakyat kena lock down dia seronok main salji.

Kalau tidak betul kenapa tarikh mendapat suntikan diubah? Lebai maksum, tidak mungkin potong barisan?

Dulu harga minyak tiap² naik, sekarang pun naik juga. Kalau setakat Najib didakwa tapi tidak mengubah apa-apa kebaikan rakyat, pergi mampos.

Yang senang jual bangsa jual agama, rakyat tetap susah.

Percukaian.

Bulan March bulan lhdn, Najib, Mahathir, Muhyiddin atau lebai sama je dengan puak umno. 

Setiap bulan sayu tengok payslip, gaji seperti pandu lalu datang dan terus pergi. Tapi bila penyata EA keluar, dalam benak ini seakaan memberontak.

Pemimpin aku kaya tapi kenapa orang miskin macam aku masih dicukaikan.

Inilah keadilan zaman edan.

Gaji 4k di kampung kau akan tenang-tenang. Gaji 6k di bandar perlu ada side income tapi dalam keadaan kau lintang pukang, gaji tidak terlepas cukai.

Lebih memedihkan bila bonus lebih sedikit, matilanak confirm akan sangkut.

Siapa tidak faham mari aku terangkan macam Muhyiddin sembang Makcik Kiah.

Ambil satu tangga gaji normal dan keluarga normal dan pelepasan cukai normal LHDN.

Gaji RM6k sebulan + sebulan bonus= RM72k + RM6k = RM78K

Dalam tangga gaji ini jika anak-anak tidak masuk universiti secara umum akan dikenakan cukai. Sebab itu Tengku Zafrul hanya menambah mata pelepasan bagi pendapatan yang kurang dari RM70k.

Dalam bajet sedap dengar, tapi realitinya kau ditipu.

Bayangkan jika situasinya  keluarga dalam golongan keluarga M40 +B40. Lagi mati sebab kos semakin bertambah tapi pelepasan dikurangkan. 

Orang yang bergaji 6k sebulan, 11% epf untuk 12 bulan = RM7920. Amaun ini termasuk dalam pendapatan. Kalau aku maki nanti ada yang kata ia mencerminkan hati.

Sektor awam.

Untungnya bekerja di sektor awam, pencen boleh diwarisi dan dikecualikan cukai. Pendapatan bersih bukan tipu-tipu dalam sektor swasta. 

Kalau nak kawin, berpasanganlah dengan sektor awam, kau akan merasa segalanya cukup.

Banyak lagi kesongsangan dalam sistem ini, jika sambung menulis pasti yang ada sakit hati. Jadi tidak perlulah. 

Semoga keadilan dunia ini segera wujud. 

No comments:

Post a Comment