Bertanya dan mahu memperbaiki kaedah memerangai covid bukan bermaksud kondem frontliner. Semua tahu mereka sudah membuat yang terbaik.
Sampai bila frontliners mahu memakai baju angkasawan?
PKP 3.0 sepatutnya sudah menghasilkan keputusan yang positif sebaliknya angka semakin kritikal.
Membuat perkara yang sama tapi mengharapkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu yang merugikan.Vaksinasi jalan keluar bagi mengatasi covid malangnya setakat 6 Mei hanya 600 ribu orang sahaja lengkap mendapat vaksin. Jika rakyat menolak vaksin tidak mungkin dalam masa sejam 1 juta dos habis ditempah.
Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi, tapi vaksinasi tidak diutamakan di Selangor. Bukankah Selangor dan Kuala Lumpur pusat kegiatan ekonomi?
Ramai frontliners berkongsi situasi di hospital, kita mendengar tapi sesungguhnya mereka terpaksa keluar kerana mereka juga pekerja atau memenuhi tanggungjawab mencari rezeki.
Pekerja kerjaaan setahun duduk dirumah tidak mengapa, bagaimana mereka yang terkesan dengan pandemik ini?
Peniaga pasar malam, pekerja hotel dan pelancongan? Walaupun restoran dibuka mampukah membayar sewa? belum lagi penjual burger. Tetap untung tokey mall kawan pada pemimpin.
Hutang negara semakin meningkat, akan ada lagi aset mahu dijual tapi mendepani covid mereka hanya berbangga mesyuarat 3 kali seminggu.
Berbanding dulu, situasi covid semakin mencemaskan bilamana covid sudah sampai ke ceruk kg. Berbanding dengan penduduk, jangkitan di Malaysia sudah melepasi tahap kritikal. Bila varian berbahaya masuk dalam negara, rakyat dituding.
Duduk di rumah, duduk dirumah, mereka sibuk mengatur politik seperti tiada apa. Ibarat kata Anwar, pegang pagar istana untuk dapat talian hayat.
Takpe la, tengok dulu keberhasilan kerja mereka. Tapi jika menangani covid dijadikan sandaran, mereka tidak layak untuk mentadbir negara.
No comments:
Post a Comment