Friday, May 28, 2021

No Point

Pihak berkuasa kerap memantau sop di masjid, sudah tugas mereka untuk membendung penularan. Bilamana covid sudah berada di kg maka penyebaran itu semakin meluas. Sila ikut sop.

Sebelum ini tukar satu video pihak polis memantau sop di sebuah pejabat kerajaan, SOP kelaut.

Sebelum ini banyak tapak bina dan perindustrian penyumbang kepada kenaikan jangkitan, ironinya berita yang sering dipaparkan penguatkuasa mengendap orang tidak mematuhi sop.  


Ingat cerita polis saman pakcik berserban, walaupun boleh tidak memakai helmet kan lebih bagus menjaga keselamatan. Umat Muhammad (ﷺ) terpelihara.

Polis menyaman dan memantau masjid, husnuzon.

Tapi alangkah bagus kalau pihak berkuasa membuat pemantauan di tempat kerja terutama industri. Hari ini terbaca, pekerja asing melarikan diri apabila mengetahui pihak polis akan membuat pemeriksaan. Mungkin kerja orang dalam menjadi tali barut.

Penternak dikompaun kerana tidak memakai mask semasa menambat lembu. Tidak memakai mask di tempat awam, salah.

Kekadang orang kenamaan bersesak juga, lihat kedudukan pemberita membuat liputan macam mana. Lihat penyokong PM, Hidup PM.! Hidup PM..!! bersesak sesak tapi seorang pun tidak dikompaun.

Kenapa orang bengang. Hari ini jangkitan 8,290 pkp sudah lebih 2 minggu. Apa keberhasilan PKP? 

Industri hidup, kdnk positif.

Secara umum, kdnk positif atau negetif kehidupan pakcik tetap sama. Yang kena kompaun pakcik bela lembu 2 ekor.

Bila baca takde point, tapi inilah yang kerajaan buat. No point, buat kerja sia-sia, silap haribulan akan diumumkan total lockdown.

No comments:

Post a Comment