Saturday, May 15, 2021

jangan cinta dunia

 Bila agaknya Palestin akan aman?

Teringat kisah wahyu terakhir, sahabat Nabi (ﷺ) menangis. Bila agama telah sempurna maka Nabi (ﷺ) akan meninggalkan para sahabat.

Tanda² kecil akhir zaman hampir penuh malah apa yang difirmkan dalam Al-Quran seperti badan firaun akan menjadi pelajaran umat selepasnya juga sudah ditemui. Ini membuktikan kebenaran Al- Quran. 

Jika pembebasan Palestin situasinya sama dengan lengkapnya Islam diturunkan, maka akhir zaman itu dalam proses.

Bencana covid bukan taranya dengan kesengsaraan akhir zaman. Jika covid adalah permulaan, hari mendatang akan lebih berliku.

Dengan keadaan Islam sekarang, tentera mana mampu mengalahkan israel?

Al-Qassam bukan tandingan israel, bukan meremehkan tapi hakikat.

Saudi dan arabian mula kebaratan, jika tidak begitu tidaklah Imam Mahdi akan menguasai Mekah dan Madinah. Jika tidak ada pertelingkahan penguasa di Madinah tidaklah Madinah akan sunyi.


Bila masanya itu rahsia Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى).


إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ

Taha:15

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan.”


Istanbul Bersendirian.


Persedian untuk akhir zaman mental perlu kuat, akidah perlu dijaga. Jangan taksub dengan teori akhir zaman apatahlagi freemason. Tapi fikiran kritis mampu meneliti sinopsis perjalanan dunia.


Apa tujuan new world order kalau bukan melepaskan dajjal.


Kuil ketiga atau Haikal Sulaiman Ketiga yang mahu dibina oleh israel kurang dibicarakan, tapi pembinaan  kuil ini tidak akan diredhai oleh Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) sepertimana yang pertama dan kedua.


Jika Al-Qassam tidak berkemampuan, Turki satu-satunya negara Islam yang kuat dan tidak bersekekutu dengan isreal. Jika Turki menghantar tentera ke Palestin kemungkinan Istanbul akan bergolak angkara tangan ghaib.

Ibarat kata ustaz, cinta dunia penyakit akhir zaman.

Turki bukan hanya mahu Kuala Lumpur dan Jakarta mengecam serangan israel tapi mahu bantuan yang sewajarnya kepada Palestin. Mungkin Malaysia ada menghantar bantuan tapi amat² terhad.

Negara arab semua sudah kaya dan selesa, mereka memilih berkecuali. Sebab itu Kuala Lumpur dan Jakarta diseru oleh Erdagon. Jika Muaamar Ghadafi masih hidup, kemungkinan Libya sudah ke depan. Sebab itu Libya dan Saddam Hussein awal² lagi dihaapuskan.

Puzzle.

Kenapa Yaman diperangi?.

Ada ustaz menulis, tentera terawal di akhir zaman dari Iraq, Yaman dan Syam (syiria). Kebetulan tiga negara ini sedangan berperang. Dan kebetulan juga arahnya ialah 3 penjuru kiblat.
Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.
Tidak pasti hadith ini sahih atau tidak.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0544.
Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah. saw. pernah mendoa: "Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan  Yaman!" Tanya mereka (para sahabat), "Nejd, bagaimana ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan  Yaman!" Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan."

Bilamana israel mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibunegara dan menceroboh Masjid Al-Aqsa mungkin perasaan itu sama dengan umat ketika pembebasan kota konstantinopel oleh Sultan Muhamad Al-Fatih. Dunia tidak lama lagi akan berakhir.

Mungkin, tapi.......

Pada waktu itu di tanah arab belum ada bangunan tinggi, bukit belum berlubang, bayang Al-Sha'ah juga belum menutupi bayang kaabah.

Seperti puzzle, petanda kejadian akhir zaman ketika ini berlaku dalam sisi masa yang sama. Yang belum berlaku seperti perebutan kuasa di Arab Saudi pasti akan berlaku. Putiknya sudah tumbuh, hanya belum berbunga.

Cuma ketika ini sukar membaca geopolitik dunia.

USA, Rusia, China, India dan Eropah.

Mengenali wajah empunya mata sepet, bangsa turk dan bagaimana romawi berpakat dengan muslim. Ada hadith (taraf hasan),
“Dua kelompok dari umatku yang diselamatkan dari api neraka oleh Allah itu mereka yang berperang melawan India dan yang nanti masih hidup menemui Isa bin Maryam As.” (HR an-Nasai dan Ahmad).
Mungkin skripnya begini.

Jika Turki selalu memberi masalah pada yahudi, fitnah ditabur untuk amerika menyerang turki ataupun menaja kudeta. Bila amerika sudah lemah yahudi akan menyokong blok komunis. Dua ayam laga dalam satu gelanggang.

Maanfaatnya perang amerika turki ialah kepada ekonomi Rusia manakala ekonomi muslim dan amerika semakin tenat. Walaupun begitu sekali lagi amerika dan eropah akan menguasai kota konstantinopel. 

Peperangan ini belum perang perang AL-Malhamah AL-Kubra. Al Mahdi akan memimpin dikala umat Islam kacau bilau.  

Setelah runtuhnya Turki ditangan romawi,  Islam akan semakin lemah dan bermulalah perang akhir zaman bilamana Imam Mahdi dibai'ah di Mekah dan mengetuai tentera hanya seramai perang badar melawan tentera dari Dabiq (syiria).

Tentera romawi akan turun dari Dabiq untuk memerangi muslim dan muslim memperolehi kemenangan. Syam akan menjadi pusat pemerintahan Islam. Kemenangan Islam terhadap romawi barulah yahudi memimpin dunia secara nyata.

Akhirnya amerika dan muslim berpakat untuk melawan blok tajaan yahudi. Pada masa yang sama inilah jalan untuk romawi membalas dendam dengan yahudi dan kota konstantinapel dibebaskan dengan laungan takbir.

Setelah yahudi dan negara sekutu ditawan, romawi belot untuk menguasai dunia. Sekali lagi kemenangan Al Mahdi kepada puak romawi.

Al Mahdi tidak mampu menewaskan dajjal, hanya Nabi Isa (عليه السلام) yang mampu membunuh dajjal.

Mengapa tiada Iran.

Iran adalah sebahagian daripada israel, bermuka-muka sifat wajib syiah. Sebab itu Iran antara yang terawal akan ditawan oleh muslimin.

Dimana negara Islam yang lain?

Lihatlah negara Islam sekarang. Tiada yang kuat dan banyak mencintai dunia. Kepesatan Qatar, UAE mahupun China adalah tajaan yahudi bagi merealisasikan keluarnya dajjal.

Pokok dajjal sudah melata, istana dajjal sudah terbina, Istana Muhammad (ﷺ) sudah berwarna putih, ramai yang mati seperti kambing kena penyakit, ingatlah jangan mencintai dunia.

Lukisan jam di Mekah zaman Turki Uthmaniyah 1895 Masehi, sekarang menjadi nyata.

No comments:

Post a Comment