Saturday, June 5, 2021

De Paula kuda tua

De Paula dan Liridon menjadi bahan kecaman. 4-0 bukan ukuran perlawanan kerana minit akhir Malaysia dibolosi 2 gol.

Hanya sekali Liridon dan De Paula membuat setting terbaik aksi dimana Shafiq merebat bola. Ini indikasi tahap perlawanan mereka berdua.

Perubahan posisi pemain perlu dilakukan.

Sebaiknya Liridon diletakkan di posisi Nor Azam dan memberi peluang Sumareh menembusi kawalan pihak lawan jika Syamer dan Azam bermain baik.

Kembalinya Brendan Gan mungkin boleh menggantikan Nor Azam tapi bertukar posisi dengan Liridon. Jika De Paula masih bersantai, pengalaman Shafiq menjadi taruhan berbanding Luqman.

Aksi Liridon telah memperlahan perlawan tanpa sebab. Mungkin Cheng Hoe mahukan keputusan seri bagi mengutip satu mata. Jika boleh menang, mengapa harus 1 mata?

Matthiew Davies dan Corbin Ong memberikan persembahan terbaik. Corbin Ong banyak memegang bola dan membuat larian berbanding dengan Syamer mahupun Loridon.

Samada Safawi tidak mendapat bola jika Mat Yo ataupun Brendan Gan bermain, mungkin ada asasnya kerana Sumareh banyak mengutip bola dari bawah.

Dion Cools banyak menghantar terus ke atas kerana midfield tidak berfungsi. Tetapi kesilapannya tidak mengasak De Lima dalam kotak penalti memberikan satu gol kepada UAE.

Seperti dijangka ketiadaan Aidil telah melemahkan bahagian benteng. Kedua pertahanan terlalu ke atas dan hantaran jauh daripada pihak lawan tidak mampu dikejar oleh pertahanan negara.

De Paula sudah tua dan tidak sebaik De Lima. Jika kualiti naturalisasi seperti De Paula baik FAM hentikan. Dion Cools walaupun baru dalam team tapi permainannya agak cemerlang.

Jika Nazmi Faiz menggantikan Liridon ketika menentang UAE, mungkin Harimau Malaya mampu memberi kejutan dengan karektornya yang suka mengasak dan memberi hantran jauh kepada target man.

No comments:

Post a Comment