Betul tu Tan Sri, susah untuk memuaskan hati semua pihak. Tapi Tan Sri mengapa akhirnya kerajaan terpaksa total lockdown seperti yang disarankan oleh ramai pihak?
Jika Tan Sri data mengatakan keperluan total lockdown kerana data menunjukan keperluan berbuat begitu, mereka yang menggesa nampaknya lebih ke depan berbanding Tan Sri walhal Tan Sri mempunyai data yang lebih lengkap.
Jika dahulu ekonomi penting, apakah sekarang menjadi sebaliknya?
Keadaan hospital di Alor Setar akan menjadi pemandangan biasa di mana-mana hospital. Apa yang terjadi masih tidak menginsafkan kerajaan. Buktinya hampir 1.5 juta masih bekerja tidak termasuk fronliners.
Dikala jangkitan semakin parah, Eropah sudah berjaya mengawal malah Sepanyol berani menguji 5000 orang dalam satu konsert.
Siapa yang salah?
Muhyiddin, Ismail Sabri, Adam Baba atau Azmin Ali.
Walaupun Fadillah Yusof menteri kanan kuasanya terbatas dalam menangani covid.
Selaku menteri Kesihatan, Adam Baba perlu bertanggungjawab. Tapi tidak semestinya dia harus dipertangjawabkan 100% kerana kerajaan ini terbentuk dari pelbagai kementerian.
Anak merompak kerana salah didikan, ayah perlu dipersalahkan. Tapi jika didikan sudah diberi tapi anak masih mahu menjadi perompak, bapa bersalahkah?
Zaman menteri PH, KP kesihatan hanya dibelakang menahan geram sedangkan zaman Adam Baba DS Hisham hampir mempunyai kuasa seperti menteri dalam merangka startegi lapangan. Ini kepercayaan yang diberi oleh Adam Baba kepada penjawat awam. Bukankah ini bagus.?
Jika DS Hisham perform, Adam Baba juga perlu dapat kredit kerana keterbukaan beliau. Mengambil contoh, Malaysia menang bertemu Indonesia, jurulatih tidak perform?
Apa fungsi Adam Baba selaku menteri dan KSU kesihatan.?
Satu persatu ditulis maksudnya kita kurang ilmu pengetahuan dalam diri. Bidang KSU ialah pentadbiran dan membawa dasar kerajaan. Bajet kementerian akan dibuat oleh KSU dan dibawa kepada menteri bagi persetujuan.
Menteri akan mempertahankan bajet yang dipohon kepada menteri kewangan. Jika menteri kewangan potong, mungkin menteri berjumpa kepada menteri atau perdana menteri jika ada keperluan budget tambahan.
Contoh, jika menteri kesihatan melayan pesakit covid sahaja siapa nak jaga pesakit² kencing manis, jantung, pembinaan hospital, memohon bantuan hospital medan dan macam-macam lagi. Banyak lagi urusan kerajaan yang harus ditangani di peringkat menteri.
Ismail Sabri.
Menteri pertahanan akan merangkap pengerusi MKN. Menteri MKN sebenarnya hanya pemudah cara atau urussetia sesuatu program. Pengerusi akan membuat keputusan dasar untuk dibawa ke perdana menteri selaku ketua negara.
Oleh kerana dia pengerusi MKN, beliau harus menjadi wakil majlis.
Majilis akan membuat keputusan bersama. Pengerusi akan mendengar suara majlis untuk didengari dan jika pengerusi mempunyai usul sendiri ianya juga harus dipersetujui oleh ahli majlis. Jika usulnya ditolak, maka pendapatnya hanya dalam majlis sahaja untuk diminitkan.
Dalam konteks kerajaan sekarang, dia menteri umno kemungkinan tidak cukup korum untuk usulnya diterima. Sebab itu captionnya, Saya tutup pintu depan.... tapi....
PM ialah daripada Bersatu, jadi PM akan mengikut orang kanan dalam partinya. Jika tidak pandai berpolitik, lebih baik diam.
Senang citer Ismail Sabri tukang umum tapi orang melihat beliau sosok yang harus persalahkan. Seperti yang dikatakan oleh Muhyiddin, ketiadaanya akan dipangku oleh Azmin Ali.
Azmin Ali.
Beliau tidak mengeluarkan kenyataan membendung covid kerana kementeriannya tidak terlibat secara langsung walaupun sektor kawal selianya penyumbang terbesar kluster covid.
KDNK merosot menteri kewangan dipersalahkan walhal menteri kewangan hanya jaga duit bukan ekonomi. Sebenarnya menteri kewangan hanya mengumumkan prestsi menteri MITI kerana skop kementerian kewangan semakin mengecil berbanding dahulu.
Jika sebelum ini hanya MITI berkuasa penuh dalam mengeluarkan kebenaran beroperasi hari ini jumlah syarikat ialah 128,150 termasuk kementerian dibawah KPDNHEP dan JKR. Kenyataan membaling batu walhal kementeriannya sahaja sudah meluluskan 95,142 syarikat.
Jika MITI benar mahu covid ini dibendung, apa keperluan syarikat perabot beroperasi?
Muhyiddin.
Sosok ini penting kerana jawatannya sebagai pemegang keputusan muktamad. Dia harus bertanggungjawab penuh atas apa jua keputusan. Contoh, jika kerajaan hilang RM50 bilion akibat PKP penuh tapi dengan dengan membuat pkp bersasar lebih merugikan negara RM100 bilion, bukankah pkp penuh lebih menjimatkan.
Dasar kerajaan diputuskan oleh PM. Muhyiddin diibaratkan sebagai pengerusi yang membawa inpirasi, menteri kanan sebagai ceo, tapi kerana ceo ramai maka celarulah negara.
Oleh kerana program vaksinasi di bawah kementerian sains sepatutnya perdana menteri memantau perkembangan dari pelbagai sudut seperti tarikh dapat vaksin, bajet, suntikan. Jika akhir Jun baru kerajaan menerima dalam skala besar bermaknaa PM tidak mempunyai pandangan dalam menangani pandemik.
Jika KJ gagal dalam program vaksinasi, PM juga gagal kerana tidak menekankan soal ini.
PM hanya berdiam diri bila MKN mengumumkan keputusan kuarantin di rumah. Apakah PM tidak alert dengan kesannya. Apakah PM tidak berkemampuan menganalisa data bilamana sektor pendidikan dibuka?
Kanak-kanak tidak bergejala tapi perlu tahu ia boleh menjadi agen penyebaran.
Samada PM berani dengan menteri MITI atau tidak, hanya circle je yang tahu.
PM gagal, gagallah kerajaan menangani covid.
No comments:
Post a Comment