Pencerobohan kali ini amat mencurigakan kerana bilangan, formasi dan jenis pesawat itu berkeupayaan membawa tentera sehingga 2,000 anggota.
Mungkin mereka mencuba respon, tempoh respon, jenis pesawat pemintas, keupayaan radar ataupun maping radar, kita hanya meneka, niat sebenar hanya PLAAF yang tahu.
Kebetulan atau selepas insiden itu TUDM telah mengumumkan membuat surat tunjuk minat untuk membida F/A-18 C/D tentera Kuwait. Jika Hawk masih menjadi sandaran, keperluan membeli pesawat pejuang adalah amat terdesak. Mohon jangan dipolitikan pembelian ini.
Bayangkan jika perang di Laut China Selatan meletus.
Kemungkinan ia akan merebak di nusantara dan jika ia disusuli oleh pergolakkan di Arab Saudi, ia digambarkan seolah-olah rantaian biji tasbih yang jatuh serta terungkai sekali gus.
Kemunculan pemimpin besar Islam hanya muncul apabila umat Islam dalam keadaan yang hura hara.
Ada dua hadis (tidak pasti sahih ke tidak atau dhaif) berkenaan dengan panji hitam, satu dari timur dan satu lagi hadis menyebut dari Khurasan. Ustaz Amin ada menyatakan panji timur akan datang dari timur dan Khurasan untuk rujukan.
Video ini sudah 6 tahun sebelum China membuat pulau tentera di Laut China Selatan.
Kalau la... Kalau...
Nusantara bergolak dan disertai oleh negara dunia seperti di Syiria, tidak mustahil panggilan jihad itu akan bersemi dalam diri. Jadi jika mendengar berita pemimpin akhir zaman dibai'ah, mustahilkah ia terjadi bani nusantara ini menjadi tentera terawal?
Ada yang menyatakan Panji Hitam dari Khurasan ialah Taliban kecil yang berserban hitam. Ada juga yang menyatakan panji hitam dari negara belakangnya Tan.
Islam datang di Nusantara dan negara Tan dikatakan arahan sahabat Nabi (ﷺ) mungkin kerana sabda baginda Rasulullah (ﷺ) berkenaan dengan akhir zaman atau. ( Atau) tidak boleh kerana sabda tidak boleh dibuat andaian.
Tidak kisah panji hitam dari mana, tapi kemungkinan nusantara akan bergolak adalah besar.
Jika membaca penulisan ketenteraan, gerakan tentera bersekutu sudah ada dalam kawasan Laut China Selatan. Sudah beberapa kali tentera US, Japan berlaga angin di perairan itu.
Masanya belum tiba tapi pasti akan tiba. Fikir sejenak, dimana lokasi untuk membawa China dalam kancah peperangan selain konflik Taiwan?
Islam bersama puak romawi akan memerangi siapa? Rusia sahajakah kuasa dunia? Dengan ekonomi US masih semput sementara China semakin berkembang, agak² yahudi akan menaja siapa pula?
No comments:
Post a Comment