Sunday, June 6, 2021

Pemimpin tidak ada empati rakyat

Celcom sedang memburu pengguna yang menyalahgunakan sim kadnya, mod modem. Daripada memburu mereka yang terpaksa adalah lebih baik membuat penambahbaikan dari segi servis dan tawaran. 

Projek Jendela 2021-2025, sedangkan rakyat memerlukan jaringan internet sekarang, pdpr dan pembebelajaran dalam talian amat diperlukan. WFH juga memerlukan speed dan data yang banyak, download dan upload kerja pejabat.

Intenet unlimited hanya untuk mobile, berapa talian harus dilanggan dalam sebuah keluarga? Kenapa kerajaan tidak mengarahkan agar telco membuat simkad yang mempunyai lebih daripada 10G?

Tahun 2025 negara lain internetnya sudah 5G tapi kita tapak kita baru siap. Itu pun jika projek siap mengikut jadual. 

Rakyat tiada pilihan berbanding negara eropah. Rakyat eropah menikmati dunia dengan apa yang sepatutnya dilakukan oleh manusia. Keimanan mereka sahaja yang tidak mengikut Pencipta.

Semua sistem menguntungkan operator, telco akan membuat pencawang dan semua telco akan menyewa menara pencawang bagi merendahkan dan mempercepatkan ROI. Bilangan telefon bimbit lebih ramai maka telco akan memilih pengguna mobile berbanding dengan home fiber. 

Pulangan daripada pemasangan fiber berbanding menara pemancar jauh cepat, agak² siapa nak keluar duit beratus juta tapi lambat untung?

Neflix, Disney dan pelbagai lagi rakyat mahu menggunakan kelajuan intenet sebagai sumber, perlukah rakyat tunggu 2025?

Mungkin jika semua MP dan pemimpin politik dirumahnya dibekalkan intenet 1Mbps mereka faham masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment