Saturday, June 26, 2021

PN sudah total loss

Caca marba PN mengurus negara. Rakyat sudah mula kehabisan upaya untuk hidup, mereka merespon "akan timbang" bantuan. Dikala tengah susah rakyat disuruh pinjam ahlong. Tiada bahasa untuk menterjemahkan kerajaan sudah total loss.

Apa motif menteri makan maggie? Bukan lucu tapi bodoh. Samada bodoh atau memperbodohkan orang. Konon gaji dipotong tapi elaun lebih banyak dari gaji.

Sektor pelancongan sudah lama mati, kini satu persatu peniaga akan mati. Bayangkan siapa yang kerja kontrak, sudah sebulan tidak dapat bekerja, mereka sekeluarga nak makan apa?

G1,G2 dibuka, adakah sektor ini sahaja yang terkesan? Kalau pengusaha restoran tidak mampu membayar sewa, bagaimana dengan kedai, kiosk perniagaan lain?

Kalau kerja pembinaan dibuka, sudah pasti kilang simen, pasir, papan, kayu atau besi perlu dibuka. 

Kalau semua boleh dibuka kenapa kedai pakaian tidak boleh dibuka? Kerajaan tolong bayarkan sewa?

Kalau semua boleh dibuka kenapa perlu pkp? Kalau swasta boleh bekerja, tiada sebab parlimen atau pekerja awam duduk dirumah. Apa ingat pekeraja swasta ini robot yang kalis penyakit?

Cerita sekarang kerajaan berjaya mengawal covid, berjaya dimata kerajaan atau rakyat?

Benar covid akan mengambil masa untuk lenyap, tapi cuba jawab satu je soalan. Kenapa harus melengkapkan dua dos sedangkan mereka yang sudah mendapat 2 dos vaksin masih boleh dijangkiti? Kenapa tidak sahaja memberikan satu dos kepada lebih ramai orang?

Vaksin dalam masjid boleh tapi solat dalam masjid kena kompaun $1,500. Haru sungguh negaraku.

No comments:

Post a Comment