Thursday, November 10, 2022

Minda terkongkong

Calon Sungai Buloh tidak mahu menerima gaji, hari ini MB Selangor mahu menderma gajinya untuk orang Gombak. 

Mereka tidak mahu gaji, then apa mahunya mereka mahu menjadi ahli parlimen?.

Parti kita parti derita, ehwah... bila isytihar harta semuanya ada wang berjuta. Lalu apa dia, para penyokong akan membuat perbandingan dengan orang umno?.

Pola cerita ceramah politik.

Umno - tanah ini tanah kita, kita harus perjuangkan tanahair kita. Pru kali ini sedikit berbeza, kita harus menang untuk kestabilan politik. 

Umno jarang untuk menembak perseorangan, biasanya DAP akan menjadi sasaran serangan. Tanpa disedari umno sebenarnya lebih profosional kerana biasanya mereka mengkritik dasar. Sebab itu janjinya lebih menjurus (fokus) dan terus kepada dapur rakyat,

PN- Tubuh kita bukan milik kita, kerana perjuangan Islam kita menjadi calon dan perlu menang menegakan Islam. Bersatu ditunjangi Muhyiddin pula cuba mengkritik ekonomi dan rasauh.

PH - Anwar akan menyerang korupsi, ketirisan, membangkitkan semangat melayu dan menjawab serangan kepada DAP. Pada pru kali ini DAP mungkin hanya memfokuskan orang cina. Mungkin mahu menarik semula undi yang hilang atau startegi PH untuk memfokuskan pengundi. Jika DAP mahu menarik orang melayu bukan melalui parti itu, tapi PKR dan Amanah.

Pejuang - Kita tidak berjanji bulan dan bintang, kerana Pejuang parti yang menunaikan janji. Parti ini kian sepi dan mereka hidup kerana Mahathir.

Poltik satu kerjaya yang menguntungkan. Banyak peluang untuk menjadi jutawan segera. Kalau tidak menjadi ahli parlimen boleh menjadi BOD syarikat. 

Apa yang perlu sebenarnya. Berfikirlah. Kadang-kadang fakta itu depan mata tapi kita tidak mahu memikirkan apatah lagi menerima. Sebaliknya kita suka mendengar cakap orang politik.

Contoh. Tuan Ibrahim sendiri kata, sebelum ini dia pembangkang dia boleh kata apa sahaja, tetapi apabila menjadi kerajaan mereka terpaksa bermesyuarat semua jabatan untuk melaksankan satu dasar. Contoh RUU 355.

Bila timbalan presiden memberi penjelasan, penyokonga akan mengangguk walau sebelum ini menghentam kerajaan (umno) kerana tidak melaksanakan hudud atau apa yang terkandung dalam RUU 355.

Bukan mengkritik Pas, ianya hanya contoh. Orang akan anggap kalau kita kritik Pas kita kritik ulama dan mereka akan melihat kita kurang iman. Tanggapan orang begitu la. Ibaratnya kalau berjubah boleh kahwin 2, hartawan kawin dua dicop sebagai miang.

Ibaratnya idea seseorang tidak akan diterima (dihormatti) kalau mereka bukan ahli Pas, tapi kalau dia ahli Pas orang itu tidak dimuliakan walhal hakikatnya ilmu (yg bermaanfaat) adalah satu yang dibawa ke mati.

No comments:

Post a Comment