Sunday, February 26, 2023

Islam di Rusia menakutkan Amerika?

Sembang akhir zaman orang akan mencebik, ibarat Ustaz Auni katakan pada 6 tahun lepas. Apakah kiamat ini dari feng sui?

Satu hobi aku ialah menyusun puzzle. Pada tahun 2018 ada satu artikel bermula 2022 iklim dunia tidak menentu, ada tempat kemarau dan ada yang banjir. Ini perkara pertama dan sudah terjadi bilamana 1/3 Pakistan ditelenggami air.

Kedua, walaupun gempa bumi adalah lumrah alam tetapi 2023-2024 adakah akan berlaku jajaran gempa bumi. Minggu lepas gempa di Turki mengorbankan hampir 32 ribu nyawa dan kelmarin berlaku gempa di Indonesia tetapi tidak menyebabkan kerosakan besar. Ada sesetengah orang Indonesia menjangka akan berlaku perkara besar pada tahun 2024. 

Kenapa perang Rusia-Ukraine?

Puzzle ini belum terjawab kerana Rusia sememangnya menjadi ancaman kepada amerika sejak perang dingin. Jika ancaman menjadi penyebab, China lebih menggerunkan berbanding Rusia. 

Perang Eropah-Rusia boleh merosakan ekonomi eropah kerana banyak negara eropah bergantung dengan minyak dan gas dari Rusia. Ukraine dan Rusia adalah negera pengeluar gandum dunia, jadi kenapa amerika sanggup untuk menyakat Rusia.?

Hampir 30 juta orang umat Islam di Rusia dan angka ini boleh menjadi negara eropah yang mempunyai umat Islam yang teramai. Dalam sabda Nabi (ﷺ), negara dari timur akan membantu atau pemangkin panji hitam pada akhir zaman.

Adakah ini cubaan untuk melemahkan sekelompok tentera yang bakal lahir?

Walaupun Syiria dan Yaman masih bergolak seperti di Lubnan, suhu di Asia Barat boleh dikatakan tenang malah mereka (negara arab) berlumba membina bangunan tinggi ke puncak awan. Keterbukaan Arab Saudi semakin ala barat dan banyak negara teluk mengiktiraf negara Isarel jadinya berlakulah apa yang disabdakan oleh Nabi (ﷺ) 1400 tahun lalu.

Dalam satu hadis Najd (Iraq) tidak didoakan oleh Nabi (ﷺ) kerana padanya (Iraq) akan berlaku gempa dan fitnah keluarnya tanduk syaitan. Zahirnya Iraq diperintah oleh orang kurdish, tapi sebenarnya negara itu menjadi proksi kepada penyokong tanduk syaitan. Tidak mustahil Najd akan akan menjadi pusat pertempuran oleh amerika.

Turkiye.

Perjanjian Laussane (1923) tidak ada expired date, kemungkinan dalam memperingati kejatuhan Uthmaniyah, Turki hanya boleh memohon semakan atas wilayahnya atau sempadan negaranya. Walaupun Turki negara Nato tetapi Erdogan dilihat lantang membidas Israel dan lebih mesra Rusia. 

Dibawah kepimpinan Erdogan Turki ekonomi semakin meningkat tetapi selepas Erdogan tidak sopan dimata Israel, matawang Lira semakin jatuh dan inflasi pernah naik sehingga 70%. Adakah ini cubaan untuk menjatuhkan Turki dan tidak menjadi ancaman Israel?.

Walaupun asia tenggara juga merupakan negara timur tetapi ia tidak memberi ancaman kerana hanya ada dua negara Islam dan ketenteraan mereka hanya so so. Bak kata bekas menteri pertahanan, hanya 5 jet yang boleh terbang.

Adakah nusantara di Kalimantan ada yang tersirat?

No comments:

Post a Comment