Sunday, March 19, 2023

M40 teraniaya dari azali

Sejak ada kasta dalam pendapatan M40 adalah golongan yang teraniaya. Mereka msikin tapi dipaksa menjadi orang kaya, tiada bantuan malah terpaksa membayar cukai. Ambil contoh, yuran makan bagi berasrama B40 $250 manakala M40 $750. Bayangkan kalau dua orang anak?.

Julat pendapatan keluarga M40 ialah RM4,851 atau RM5,000 hingga RM10,970. Kalau dulu nasi sepinggan $7.50 sekarang $11 tapi kenapa agregrat cukai seperti tidak berubah. Kalau dulu gaji minima $1200 sekarang sepatutnya $1,500 kenapa pengkelasan tidak disemak?

Kalau $5,500 tinggal di kampung mereka boleh menarik nafas tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar mereka boleh tergolong dalam penerima zakat.

Jika dinilai dengan semakan gaji minima, mereka yang berpendapatan tahunan dibawah RM80,000 setahun automatik mereka tidak dikenakan cukai. Kedua julat M40 yang ideal ialah dibawah RM6,000 sebulan.

Bagi menampung penyusutan pungutan cukai sepatutnya kerajaan mengakui bahawa penghapusan cukai gst adalah bahan kempen untuk menang pilihanraya. Nilai ekonomi gelap mencecah RM300 billion, siapa mereka kalau bukan dari golongan maha kaya seperti yang dikatan oleh PMX?.

RM300 billion ini bersamaan dengan bajet tahunan negara tahun lepas. Bayangkan berapa banyak mereka kaut kekayaan negara?.

Golongan maha kaya melabur kepada mereka untuk menghapuskan gst kerana mereka tahu SST banyak kelompongan dalam pungutan. GST dibuat semakin banyak duit maka semakin banyak cukai dikeluarkan.

Pendapatan maha kaya ini bukan seperti M40 atau B40 dimana pendapatan mereka tertulis dalam EA. Mereka dapat duit dalam guni agar tiada rekod,  jika adapun mereka membuat simlulasi akaun ataupun membuat perniagaan bagi cuci duit.

Kekadang kita boleh nampak, pelanggan supermarket boleh dibilang dengan jari tapi masih bertahan bertahun-tahun. 

Kita ambil ucapan PMX, kamu MENANGKAN saya kamu fikir kamu boleh lari cukai..?

Moga doa orang yang teraniaya dimakbulkan.

No comments:

Post a Comment