Sunday, April 12, 2009

anil kapoor

Memang betul apa yang dikatakan Maharaja Blogger tentang lawatan mengejut Muhyiddin Yassin. Adakah mereka tidak dapat menghayati erti lawatan mengejut itu bagaimana. Kalau menteri takut dikecam kerana melawat tanpa notis.... tak payah buat lawatan mengejut. Buang masa dan menipu je la..

Lawatan mengejut sebenarnya baik dalam pemerintahan. Menteri itu akan mendapat input yang betul dan jelas untuk memperbaiki keadaan. Aku masih ingat lagi cerita hindustan dimana Anil Kappor jadi PM untuk sehari. Dia pecat atau luluskan apa yang termampu, termasuklah mengutip cukai kerajaan, walau sehari perubahan amat ketara dan disanjung rakyat.

Walau ia sekadar cerita filem, andai Najib mampu melakukan sedemikian, sure rakyat akan dibelakang Najib. Sekarang survival politik jatuh no2, yang penting sekarang ialah rakyat bermain pada persepsi. Aku ada keyakinan, kalau rakyat menyokong Najib survival politik itu akan wujud dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment