Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

ceupacs punya cadangan kerajaan dikecam

"CEUPACS bercadang memotong gaji rm5 penjawat awam bagi membantu mangsa banjir.

Kenapa ceupacs mencadangkan bulanan bukan mengikut tempoh. Mungkin potong sebulan sudah memadai, Ceupacs punya cadangan, kerajaan dikecam. kwang kwang....

Salah satu respon.

Cik As Tak akan halalkan walau sesen pun, kalau begitu cara nak ambil duit, mengambil tanpa kebenaran, ini hasil titik peluh org bekerja
Harap maklum ye tuan2 dan puan2, klu potong juga sy tak halalkan,lantakla nak kata sy apa.. Sekian harap maklum!!

Kawan tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.

Dulu aku ramai kawan kerja kastam. Aku tau mereka macam mana. Aku benci kerajaan. Kerajaan tak betul, banyak sangat rasuah. 

Kerajaan dah xde duit ke sampai nak potong duit rakyat. Bil servis ada tapi kereta tak hantar servis. 

Aku menjadi pendengar setia. Mendengar sambil melepaskan asap dunhill. Walaupun aku banyak tidak bersetuju, tetapi setiap orang mempunyai pandangan. Aku diam saja.

Bagi aku kalau gaji aku dipotong RM10 untuk bulan Januari sahaja tidak mengapa. Isu ketirisan, terpulang kepada pemegang amanah. Allah Maha Adil. Jika duit tak sampai, Allah tidak akan menganiaya hambanya. Insyallah, keikhlasan kita akan sampai.

Kita sering menyalahkan orang tanpa muhasabah. Aku dibayar gaji untuk 8jam sehari. Kekadang aku minum agak lama. Jika majikan aku tidak menghalalkan gaji aku macam mana.?

Semua kata kerajaan itu menteri, sedangkan kerajaan itu termasuk kakitangan awam. Dalam situasi kawan diatas, yang disalahkan menteri dan kerajaan. Sedangkan ketirisan itu dilakukan oleh sahabatnya.

Adilkah.?

Thursday, June 12, 2014

Muslim semakin hilang kekuatan

Kata MB N9, kalau tak luka bukan berjuang namanya. Aku bukan pemimpin untuk aku kecewa dan luka. Tapi aku rasa kecewa ketika ini. Mungkin dulu aku bermimpi negara ini boleh menandingi negara eropah.

Kecewa apabila Uitm diserang tetapi graduan UiTM sunyi sepi. Dimana ratusan ribu graduan Uitm?

Situasi itu tidak menghairankan. Anak masuk UiTM bapa bersungguh menghapuskan MARA. Kalau pelajar MARA tidak tahu berterima kasih, semestinya kebanyakkan bos sekarang lebih bersikap terbuka.

Tanpa kepakaran sepatutnya, YTL dianugerahkan projek 8 bilion. Kerana tarif naik, TNB dibenci, YTL mengaut keuntungan.

Aku kecewa.. aku kecewa.

Aku bertambah kecewa apabila exco agama meminta maaf kerana pegawainya menjalankan kewajipan. Kalau pegawai itu salah, serahkan sahaja mayat itu kepada waris keluarga. Tidak perlu proses makamah.

Islam bukan melayu.

Seorang kafir apabila menganut Islam, dipanggil mualaf. Dan jika mereka kembali kepada agama lama mereka, bukankah namanya murtad.?

Akan ramai lagi mualaf menjadi kafir.

Hudud hanya sesuai di Kelantan, bukan di Selangor. Tetapi mereka mendesak kerajaan melaksanakan hudud seluruh Malaysia.

Inilah politik dan bukan perjuangan.

Sunday, June 8, 2014

Pelajaran 67

Gambar dari kelab che det. Tidak ada keterangan bagi gambar. Saje mengimbau satu masa lalu, tatarakyat.

Pakcik Jeng sekarang tidak lagi,
ani bebas kemana saja yg ani suka..
kadang2 tak pulang kerumah pun...

ani..ani...ape nak jadi ko ni ani.

Tuesday, June 3, 2014

Aksi nakal Nad Zainal melihat burung

Aksi nakal Nad Zainal melihat burung. Cute..!!


Suka melihat ekpresi muka mereka.

Friday, May 23, 2014

Panda... panda.. panda

Panda.. panda.. panda. Tak bosan ke.?


Untuk 10 tahun kerajaan dijangka mengeluarkan belanja RM 60 juta termasuk membina penempatan di Zoo Negara.

Pernah juga dengar keluhan, ramai lagi rakyat sendiri merempat, kenapa perlu tolong rakyat luar.?

Mana yang lebih terpuji. Kaya dulu baru membantu atau walau kita susah kita bantu orang lain.?

Agak-agak Allah nak bantu orang yang kedekut.?

Pesanan daripada sahabat untuk aku. Bila makan ada orang minta derma. Hulurlah... mana la tau dia itu malaikat.

Pengalaman peribadi aku. Allah bayar aku cash walhal aku tidak mengharap sebegitu. Dalam poket hanya ada sekeping RM 10 untuk membeli rokok. Semua tabung dah habis aku korek. Esok punya cerita, biarlah esok punya cerita. Yang penting aku ada rokok.

Semasa aku minum, seorang hamba Allah memohon derma. Termanggu sekejap aku dibuatnya. Dalam hati, kalau aku tahu, sebelum minum ada baiknya aku beli rokok. Berat untuk aku hulur RM10. Apapun aku masih redha, ada yang lebih susah dari aku.

Sampai rumah isteri menyapa dan terus bercerita. Walaupun dia tahu dalam bank tidak ada duit. Dia tergerak untuk check baki. Allah Maha Bekuasa. Baki dalam bank RM600.

Aku tidak menceritakan apa yang terjadi di kedai. Selang beberapa tahun, barulah aku buka cerita. Allah sengaja menguji kita.

Allahamdulilah, walaupun sekarang aku tidak kaya tapi kehidupan aku lebih baik dari masa-masa lalu.

Cerita tiada kaitan dengan panda.


Daripada bela 2 ekor panda, lebih baik kerajaan buat sekolah atau membantu anak yatim.

Semalam aku ada baca pandangan Mat Rodi. Keuntungan penjualan tiket apabila panda menjadi daya tarikan.

Pandangan bradokapak mengenai diplomasi. Tetapi bradokapak terlupa, projek panda semenjak 2 tahun lepas dan tiada kaitan dengan #MH370.

Kesimpulan aku:

Pada mata kasar rugi kita mengeluarkan iklan apabila kita meniaga. Rakyat rugi apabila Najib selalu keluar negara berjumpa dengan ketua-ketua negara.


Kita labur 100 juta untuk 10 tahun, agak-agak kalau China memberi lebih peluang kepada Malaysia, berapa bilion yang kita mampu raih.?

Kalau hubungan Malaysia China, Jepun dan negera luar tidak bagus, mampukah ekonomi kita berkembang dengan baik.

Hakikatnya, Malaysia rugi kerana ramai rakyatnya mempunyai mentaliti kelas bawah. Korang ingat China senang-senang nak bagi pinjam Panda.?

Wednesday, May 21, 2014

Bukankah kentut itu juga nikmat.?

Riak wajahnya menggambarkan beban yang diangkat. Melihat gambar seperti ini, terkenang... aku juga pernah merasai keperitan hidup. Aku bersyukur, anak-anak aku tidak merasai keperitan itu.


Semasa aku kecil, aku selalu membantu arwah ayah aku motong getah. Membantu di kebun belakang rumah rutin aku. Tapi keperitan anak ini lebih berat apa yang aku rasa.


Kemajuan yang dibina oleh Tun Mahathir menjadikan mesin getah berkarat. Kekuatan ringgit menjadi nikmat rakyat yang bernilai. Kemajuan yang dibawa oleh Tun amat dicemburi oleh banyak negara dunia. Malaysia mengorak dari pelbagai sudut termasuk masalah sosial, kejutan budaya dan jati diri yang rendah.


Nikmat yang dinikmati tidak akan disyukuri selagi nikmat itu tidak ditarik balik. Berapa ramai yang bersyukur dengan pekerjaan yang kita ada.?

Perlukah aku kata, berapa ramai yang bersyukur kalau apabila kita kentut.?

Monday, May 5, 2014

Tidak semua benda boleh disamakan.

Dimitriy Mirovsky Gudwara Sikh..... MAU GADOH KA KLEM REKAAN ni???..... Melayu oh Melayu.... Sekular sangat sampai melarat jadi golongan munafeq...... hihii.....


Lagi rekaan berkubah Kristian ortodox.... ni kat estonia..... amacam?.... Masih ANGKUH lagi ke MELAYU?..... Lupa Tuhan lupa AGAMA..... Semata kecoh pasal rekaan kubah ni?.... SAmpai nak gaduh ngan bangsa lain?..... hihii.....

Komen: Ada betulnya apa yang dia ini katakan. Melayu terlalu sensetif sampai kubah atau binaan seperti masjid menjadi isu.


Ada juga terfikir benda yang sama tetapi pandangan aku lebih condong kepada motif. Kenapa bangunan utama tidak berkubah seperti masjid.?


Ini senibina cina. Tak salah membina masjid menggunakan senibina cina atau eropah. Malah di Bandar Baru Bangi ada sebuah rumah teres dijadikan surau. Orang tak bising pun.

Semua bangunan boleh dijadikan surau. Di bangunan aku stor diubah menjadi surau. Maksudnya tak perlu kubah sebagai simbol.

Ada masjid seperti gereja atau sebaliknya sebelum merdeka. Zaman british... aduhai... ilmu kan berkembang. Takan kita nak kembali ke zaman batu.


Tak semua benda boleh disamakan dengan negara luar. Di Indonesia boleh kahwin campur, boleh murtad. Mutaah pun ada. Kita nak tiru ke.? Nak samakan budaya eropah dengan melayu.?

Apapun, kalau semua bangunan berkubah, ia tidak menjadi isu. Tapi kalau toilet menyerupai surau atau masjid, tak boleh la.

Hakikatnya mungkin aku tergolong dalam orang yang memberatkan perkara remeh.

Saturday, May 3, 2014

Mereka sangka lebih bijak dari orang lain

Aku kurang ilmu tetapi aku tidak mahu dikudakan oleh orang. Mereka orang kurang ilmu tetapi sanggup menjadi kuda kepada orang yang berkepentingan.


Najib memberikan komitmen harga makanan tidak dikenakan gst. "saya beli tepung saya dikenakan cukai". Tepung tidak dalam senarai gst tetapi tidak semestinya harga tepung tidak naik.

Ayam tidak dikenakan gst tetapi kfc dikenakan gst kerana kfc adalah sebuah perniagaan. Tepung diangkut oleh lori (syarikat pengangkutan). Syarikat melebihi 500K setahun akan dikenakan cukai. Oleh sebab itu kemungkinan harga tepung akan naik.

Tetapi secara keseluruhan inflasi akan naik dan sedikit membebankan kepada rakyat. Tetapi untuk jangka panjang, mereka berpendapatan rendah akan mengaut keuntungan jika pihak kerajaan menguruskan kewangan dengan baik.


Kita tidak boleh menolak pembangunan walaupun tanah kita tergadai. Jika dibelakang rumah kepala sawit mungkin tahun depan akan berubah wajah menjadi sebuah bandar.

Di mana kebun sawit kita.?

Satu ketika dulu, Putrajaya merupakan ladang kelapa sawit. Pembangunan pesat dibawah Tun, kebun dan kawasan sekitar putrajaya berubah menjadi bandar satelit.

Suka atau tidak dalam dunia tidak ada yang kekal. Sampai bila kita harus sayang kebun sawit diwaktu masa bergerak dengan pantas.

Berpijaklah kepada realiti dimana setiap apa yang berlaku perlu ada pengorbanan. Duit bukan segala-galanya tetapi tanpa duit dalam saku, kepala kita sakit seperti dihempap batu.

Monday, April 28, 2014

Obama disambut seperti malaikat

Aku tak berminat dengan kedatangan Obama ke Malaysia. Aku tahu bukan mudah presiden amerika datang ke sesebuah negara. Mungkin kerana TPPA Obama datang ke Kuala Lumpur.

selfie penyakit misteri
Petang tadi Muhyiddin datang ziarah ke rumah Nik Aziz. Beberapa gambar menjadi harapan seluruh umat Islam di Malaysia.

Sunday, April 13, 2014

Dimana ALLAH

"Abah, dimana Allah". Soalan ini berulang kali walau aku sudah menjelaskan. Mungkin jawapan aku tidak tepat dan tidak memuaskan hati anak lelaki aku.

'Allah ada dimana-dimana.' Kalau ada dimana-mana takde pun dibelakang pintu. Dimana-mana bukan tempat tetapi kita rasa Allah ada bersama kita walau dimana kita berada. "Allah dalam hati kita. Sebab itu kita kena sembahyang, sebab Allah sayang pada orang yang ingat padaNYA. Semakin kita ingat pada Allah, kita akan rasa Allah ada bersama kita."

"Abah, kalau manusia ciptakan manusia, siapa yang ciptakan Allah."

Allah ciptakan manusia tapi Allah tidak diciptakan oleh sesiapa. Allah wujud sendiri. Ada benda yang kita boleh fikir dan ada perkara yang kita (manusia tidak boleh fikir.).

Keizinan Allah.

"Abah bawa (drive kereta) atau kereta ini berjalan sebab abah yang pandu. Tapi kereta ini berjalan sebab Allah izinkan abah bawa kereta dan Allah izinkan kereta ini berjalan. Kalau Allah tak izinkan, kereta ini tak boleh jalan. Allah bagi rosak ke...

Anak aku yang berumur 6 tahun sering bertanya soalan agak kritikal. Agak terkejut bila "Mama, mana lebih penting isu air atau isu kapal terbang." Dia gunakan perkataan ISU.

Aku tak mampu jawab dengan baik kerana aku tidak punya ilmu. Aku juga pernah jelaskan seperti video dibawah. Kita boleh rasa tetapi kita tidak nampak.Cubit tangan dia, rasa sakit, tapi dimana sakit itu.?

Hakikatnya, Mampukah budak 5 tahun memahami apa yang ustaz ini katakan.

Nabi Ismail baik tak, Kakak dia menyampuk. Nabi baik la. Mana ada nabi yang tak baik.

Level budak sekarang, banyak guna gula automatik dia akan kata, diabetes.

Thursday, April 10, 2014

Bekas PA Prof Izzi mendedahkan perangai buruk bekas bosnya

Seorang pelajar Uitm Arau menuduh seorang pensyarah terkenal Professor Izzi Ali membuat kelakukan tidak senonoh kepada beliau.

Susulan daripada kejadian itu, pelajar terbabit telah membuat laporan polis.


Pada mulanya aku agak ragu dengan tuduhan itu kerana ia dilakukan sewaktu pelajar terbabit bersama rakannya. Agak tidak masuk akal seorang lelaki begitu berani meraba dan meramas breast perempuan dalam keadaan terbuka.


Ada yang mendakwa perangai pensyarah terbabit memang tidak senonoh.
Setakat ini tertuduh hanya mengeluarkan kenyataan,
Hari ini bekas PA beliau menyokong tuduhan yang dibuat oleh Shuhada Raba.
Biarlah pihak polis menyiasat kes ini bagi menentukan pihak mana yang benar.

Tuesday, April 8, 2014

Sekadar hiasan

Dari sudut yang menarik.

Indahnya ciptaan Allah.

Tidak ada bukti apek pkr mengeluarkan kenyataan seperti ini. Musim pemilihan pkr sedang berlangsung. Tidak mustahil ia direka oleh orang pkr.

Jika tian chua benar mengeluarkan kenyataan seperti ini, tak tahu nak kata.


Walaupun hujan mulai turun, catuan diperluaskan di seluruh Selangor. Air di empangan masih kering dan semakin kritikal. Mungkin hujan yang turun itu untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.


Allah menurunkan kemarau untuk memperingatkan manusia agar lebih berhemah dalam melaksanakan pembangunan. Semua bukit ditarah, pokok ditebang untuk tujuan pembangunan.

Dunia semakin panas, cuaca juga tidak mengikut musim yang sepatutnya.

Kesan tsunami boleh dikurangkan jika bakau ditebang mengikut keperluan dan ada usaha pemuliharaan.

Bukit bukan sahaja mampu menghalang ribut tapi Allah jadikan bukit seperti tabung air bagi keperluan manusia. Akar pokok mampu menahan air daripada terus ke sungai. Sekarang fungsi bukit telah bertukar menjadi sumber menimbus lombong dsb.

Aku tidak menolak pembangunan, tetapi berhemahlah dalam menggunakan sumber semulajadi.

Walaupun panas tetapi apabila angin bertiup, amat melenakan.

Ramai ustaz sepakat saat dajjal turun semakin dekat.



Malaysia tidak memerlukan majlis seperti ini.

Sunday, April 6, 2014

AirAsia arrogant

Walau isu ini sudah basi, aku bengang dengan sikap terlampau AirAsia.

"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam 'arrogant statement' (kenyataan berbaur angkuh) tapi kalau mereka kata mereka ada sebab dan mereka mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu adalah lebih sesuai lagi,. -Najib"
Kenyataan keengganan AirAsia untuk berpindah ke KLIA2 cukup angkuh. AirAsia menyanggah arahan kerajaan seperti mereka kuasa besar.

Kenapa jadi seperti ini. Adakah kerana Rafidah Aziz maka AirAsia berani membangsatkan kerajaan.? Atau AirAsia besar kepala kerana syarikat itu sudah maju.?

Kalau bukan kerana jasa kerajaan, AirAsia sudah lama terlingkup.


Bongkak tidak boleh diajar. Sehebat syarikat Jepun dan Korea mereka tidak bersikap kurang ajar.
“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”n
Alasan majalah sudah dicetak sebelum kejadian #MH370 ia sekadar alasan. AirAsia memang terkenal dengan sikap mengambil kesempatan.

Saturday, April 5, 2014

Bila lakukan sesuatu, ingat pada yang Maha Esa

Party seperti ini bukan baru. Kecanggihan teknologi menyebabkan ia menonjol seakan fenomena. Party bebas dibuat secara haram. Hal underground seperti ini diluar pengetahuan aku.

Pandangan aku, pihak berkuasa tahu tetapi mereka tidak mengambil tindakan.


Bulan lepas enam orang maut dan berbelas kritikal kerana terlebih mengambil dadah sintetik. Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) mendapat restu dari kerajaan. Mungkin kerana ia salah satu acara dalam kalender Tahun Melawat Malaysia.


FMFA sama seperti konsert yang lain. Oleh kerana ada kematian, maka konsert ini menjadi perhatian ramai.

Aku tidak percaya penonton Metalica tidak mengambil dadah semasa menonton konsert. Begitu juga dengan konsert-konsert yang lain.

Serius aku hanya pernah pergi konsert wings dan search semasa Pesta PD awal tahun 90an. Konsert lain aku tidak pernah ada keinginan.

Kerajaan berdosa kerana menyajikan konsert hiburan yang melalaikan. Itu dari segi hukum agama.

Jika kerajaan persekutuan dipegang oleh pakatan rakyat, adakah konsert melalaikan seperti ini tidak dibenarkan.?
Dulu hanya kerajaan BN bertindak merobohkan gerai dan setinggan. Oleh kerana pakatan pembangkang sudah mempunyai kerajaan, mereka juga bertindak seperti kerajaan BN.



Dah takde keje agaknya.