Wednesday, May 21, 2014

Bukankah kentut itu juga nikmat.?

Riak wajahnya menggambarkan beban yang diangkat. Melihat gambar seperti ini, terkenang... aku juga pernah merasai keperitan hidup. Aku bersyukur, anak-anak aku tidak merasai keperitan itu.


Semasa aku kecil, aku selalu membantu arwah ayah aku motong getah. Membantu di kebun belakang rumah rutin aku. Tapi keperitan anak ini lebih berat apa yang aku rasa.


Kemajuan yang dibina oleh Tun Mahathir menjadikan mesin getah berkarat. Kekuatan ringgit menjadi nikmat rakyat yang bernilai. Kemajuan yang dibawa oleh Tun amat dicemburi oleh banyak negara dunia. Malaysia mengorak dari pelbagai sudut termasuk masalah sosial, kejutan budaya dan jati diri yang rendah.


Nikmat yang dinikmati tidak akan disyukuri selagi nikmat itu tidak ditarik balik. Berapa ramai yang bersyukur dengan pekerjaan yang kita ada.?

Perlukah aku kata, berapa ramai yang bersyukur kalau apabila kita kentut.?

No comments:

Post a Comment