Tuesday, May 20, 2014

Hiprokasi manusia

Dasar parti Dap yang terungkap dalam laman web.
Berkenaan Media Masa
  • Pembentukan media massa yang bebas, adil, dan bertanggungjawab
  • Menentang monopoli maklumat dan manipulasi berita;


Tersengih-sengih apabila disoal oleh wartawan. Nampak sangat kebodohan beliau. Patutlah Dap mencalonkan mereka dan memecat Tunku Aziz. Dap menggunakan kebodohan melayu untuk kepentingan orang cina.

Aku bukan nak cakap melayu ini boneka Dap, aku tekankan kebebasan media yang dilambung oleh mereka adalah kebebasan mengikut acuan kepala mereka.

Anwar mengutuk Najib kerana tidak mahu menjawab soalan wartawan pada sidang media #MH370. Walhal beliau banyak kali menengking wartawan.

Isu TV3 dan utusan manipulasi berita terlalu general. Media pembangkang juga mempunyai polisi yang sama.

Isu Tunku Aziz masih relevan kerana Dap mempergunakan melayu sebagai boneka masih berterusan.



Penjawat awam menyokong pembangkang, itu hak mereka. Bab akujanji aku tolak tepi. Aku suka pakcik ini menyokong Dap. Kalau pakatan menang, cepat sikit penjawat awam dikecilkan. Banyak jabatan kerajaan perlu diswastakan agar prestasi mereka lebih baik dari sekarang.

Nak tahu cara kerja swasta bagaimana, semoga penswastaan kastam diperluaskan. Begitu juga relevan atau tidak umno, maka cepatlah umno tumbang. Selagi tak tumbang, umno tidak akan berubah dan orang melayu tidak akan rasa kehilangan umno.


Semasa Singapura dalam jajahan Malaysia, mereka mahu kerajaan adil kepada semua kaum. Jika perdana menteri ketika itu Tun Mahathir, Singapura masih dalam jajahan Malaysia.

Sekarang ini adilkah Singapura kepada semua kaum.? Demokrasikah Singapura.?

Pemikiran orang melayu biasanya singkat. Orang melayu hanya mementingkan gaji asas yang diterima tetapi tidak memikirkan secara keseluruhan apa yang mereka dapat sebagai pekerja. Jika anda tidak terlibat dalam kesatuan sekerja, apa yang aku katakan mungkin kurang faham.

Kalau bukan kerana umno, uitm tidak wujud. Itu fakta.

Orang melayu sepatutnya berterima kasih kepada umno kerana umno membina universiti untuk mereka. Jika pakatan memerintah, tidak mungkin orang melayu mempunyai universiti.

Ramai graduan UiTM seperti Dyna Sofya Mohd Daud. Calon Dap bagi Prk Teluk Intan dikatakan memasuki Uitm melalui pintu belakang.

Malang, diakui ramai orang melayu bergelar graduan atas keburukan umno. Oleh sebab itu mereka tidak tahu mengucapkan terima kasih.

Aku cadangkan, alang-alang orang melayu sudah bencikan nikmat, mansuhkan mara dan hapuskan DEB.

/me berapa ramai orang melayu lulus di universiti cina (UTAR, KTAR.)

No comments:

Post a Comment