Thursday, June 12, 2014

Muslim semakin hilang kekuatan

Kata MB N9, kalau tak luka bukan berjuang namanya. Aku bukan pemimpin untuk aku kecewa dan luka. Tapi aku rasa kecewa ketika ini. Mungkin dulu aku bermimpi negara ini boleh menandingi negara eropah.

Kecewa apabila Uitm diserang tetapi graduan UiTM sunyi sepi. Dimana ratusan ribu graduan Uitm?

Situasi itu tidak menghairankan. Anak masuk UiTM bapa bersungguh menghapuskan MARA. Kalau pelajar MARA tidak tahu berterima kasih, semestinya kebanyakkan bos sekarang lebih bersikap terbuka.

Tanpa kepakaran sepatutnya, YTL dianugerahkan projek 8 bilion. Kerana tarif naik, TNB dibenci, YTL mengaut keuntungan.

Aku kecewa.. aku kecewa.

Aku bertambah kecewa apabila exco agama meminta maaf kerana pegawainya menjalankan kewajipan. Kalau pegawai itu salah, serahkan sahaja mayat itu kepada waris keluarga. Tidak perlu proses makamah.

Islam bukan melayu.

Seorang kafir apabila menganut Islam, dipanggil mualaf. Dan jika mereka kembali kepada agama lama mereka, bukankah namanya murtad.?

Akan ramai lagi mualaf menjadi kafir.

Hudud hanya sesuai di Kelantan, bukan di Selangor. Tetapi mereka mendesak kerajaan melaksanakan hudud seluruh Malaysia.

Inilah politik dan bukan perjuangan.

No comments:

Post a Comment