Tuesday, June 10, 2014

rasuah punca segala masalah

Kebanyakkan makanan yang dikeluarkan oleh non muslim seperti dalam gambar. Sosej, tauhu, ikan kering atau produk makanan dalam tin keadaan operasinya menjijikan.

Untuk mengelakkan kita makan seperti ini, belilah makanan yang dikeluarkan oleh penguasaha muslim.

Jakim dalam kenyataannya, sijil halal yang dipaparkan adalah palsu. Aku tidak tahu samada Jakim berkuasa untuk mendakwa atau ia terpulang kepada jabatan peguam negara. Yang pasti mereka jarang didakwa.


Isu subsidi diesel dipandang sepi oleh masyarakat. Walhal, aku rasa perkara ini amat penting kerana kerajaan rugi 5 bilion ringgit setahun.

Kita merungut apabila kerajaan mengurangkan subsidi dengan memberi alasan mereka tidak mampu mengekang aktiviti penyeludupan.

Gila, penyeludupan di depan mata tetapi tidak mampu dikekang.


Membeli kereta potong yang menjadi mangsa ialah pengguna. No plat kenderaan sama juga sering berlaku. Mengapa ia berlaku dan apa tindakan pihak berwajib.?

Selagi rasuah tidak ditangani, selagi itu kita tidak akan maju. Walaupun negara tidak kaya, tetapi jika diurus dengan baik, Malaysia tidak ada kemiskinan tegar. Kita sepatutnya jauh ke depan jika hudud dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment