Tuesday, January 6, 2015

ceupacs punya cadangan kerajaan dikecam

"CEUPACS bercadang memotong gaji rm5 penjawat awam bagi membantu mangsa banjir.

Kenapa ceupacs mencadangkan bulanan bukan mengikut tempoh. Mungkin potong sebulan sudah memadai, Ceupacs punya cadangan, kerajaan dikecam. kwang kwang....

Salah satu respon.

Cik As Tak akan halalkan walau sesen pun, kalau begitu cara nak ambil duit, mengambil tanpa kebenaran, ini hasil titik peluh org bekerja
Harap maklum ye tuan2 dan puan2, klu potong juga sy tak halalkan,lantakla nak kata sy apa.. Sekian harap maklum!!

Kawan tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.

Dulu aku ramai kawan kerja kastam. Aku tau mereka macam mana. Aku benci kerajaan. Kerajaan tak betul, banyak sangat rasuah. 

Kerajaan dah xde duit ke sampai nak potong duit rakyat. Bil servis ada tapi kereta tak hantar servis. 

Aku menjadi pendengar setia. Mendengar sambil melepaskan asap dunhill. Walaupun aku banyak tidak bersetuju, tetapi setiap orang mempunyai pandangan. Aku diam saja.

Bagi aku kalau gaji aku dipotong RM10 untuk bulan Januari sahaja tidak mengapa. Isu ketirisan, terpulang kepada pemegang amanah. Allah Maha Adil. Jika duit tak sampai, Allah tidak akan menganiaya hambanya. Insyallah, keikhlasan kita akan sampai.

Kita sering menyalahkan orang tanpa muhasabah. Aku dibayar gaji untuk 8jam sehari. Kekadang aku minum agak lama. Jika majikan aku tidak menghalalkan gaji aku macam mana.?

Semua kata kerajaan itu menteri, sedangkan kerajaan itu termasuk kakitangan awam. Dalam situasi kawan diatas, yang disalahkan menteri dan kerajaan. Sedangkan ketirisan itu dilakukan oleh sahabatnya.

Adilkah.?

No comments:

Post a Comment