Wednesday, December 31, 2014

Aku Bermuasabah

2014 tahun penuh liku. Awal tahun kemarau panjang, hujung tahun banjir besar. Belum reda MH370, MH17 pula ditembak jatuh.Hampir setiap tahun, selepas krismas satu trajedi besar akan berlaku. Semua orang berdoa, pesawat AirAsia terhempas adalah penutup segala kisah pilu.


Ya Allah... Bagi la rahmat kepadaku, keluargaku, rakanku dan negaraku. Lindungilah kami dari bencana, andai apa yang berlaku adalah isyarat kepada kemurkaanMU, berilah hidayah kepada kami, pemimpin kami agar kami bemuhasabah untuk memperbaiki kesilapan kami. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Khutbah Jumaat terakhir bagi tahun ini, "Bermuasabah".

Aku tidak mahu jadi orang tidak ada akal. Marah kat Najib berkawan dengan Obama, tetapi berdiri teguh dibelakang Hadi. Walhal ketua Pakatan Rakyat adalah Anwar anak emas amerika. Berkatalah benar walaupun pahit.

Aku berdoa, semoga Allah memberkatiku, mencurahkan rezeki, memberi kesihatan yang terbaik buat diriku, keluargaku dan semua umat Islam dinegara ini.

Tiada kritikan kerana aku juga orang yang serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment