Friday, May 23, 2014

Panda... panda.. panda

Panda.. panda.. panda. Tak bosan ke.?


Untuk 10 tahun kerajaan dijangka mengeluarkan belanja RM 60 juta termasuk membina penempatan di Zoo Negara.

Pernah juga dengar keluhan, ramai lagi rakyat sendiri merempat, kenapa perlu tolong rakyat luar.?

Mana yang lebih terpuji. Kaya dulu baru membantu atau walau kita susah kita bantu orang lain.?

Agak-agak Allah nak bantu orang yang kedekut.?

Pesanan daripada sahabat untuk aku. Bila makan ada orang minta derma. Hulurlah... mana la tau dia itu malaikat.

Pengalaman peribadi aku. Allah bayar aku cash walhal aku tidak mengharap sebegitu. Dalam poket hanya ada sekeping RM 10 untuk membeli rokok. Semua tabung dah habis aku korek. Esok punya cerita, biarlah esok punya cerita. Yang penting aku ada rokok.

Semasa aku minum, seorang hamba Allah memohon derma. Termanggu sekejap aku dibuatnya. Dalam hati, kalau aku tahu, sebelum minum ada baiknya aku beli rokok. Berat untuk aku hulur RM10. Apapun aku masih redha, ada yang lebih susah dari aku.

Sampai rumah isteri menyapa dan terus bercerita. Walaupun dia tahu dalam bank tidak ada duit. Dia tergerak untuk check baki. Allah Maha Bekuasa. Baki dalam bank RM600.

Aku tidak menceritakan apa yang terjadi di kedai. Selang beberapa tahun, barulah aku buka cerita. Allah sengaja menguji kita.

Allahamdulilah, walaupun sekarang aku tidak kaya tapi kehidupan aku lebih baik dari masa-masa lalu.

Cerita tiada kaitan dengan panda.


Daripada bela 2 ekor panda, lebih baik kerajaan buat sekolah atau membantu anak yatim.

Semalam aku ada baca pandangan Mat Rodi. Keuntungan penjualan tiket apabila panda menjadi daya tarikan.

Pandangan bradokapak mengenai diplomasi. Tetapi bradokapak terlupa, projek panda semenjak 2 tahun lepas dan tiada kaitan dengan #MH370.

Kesimpulan aku:

Pada mata kasar rugi kita mengeluarkan iklan apabila kita meniaga. Rakyat rugi apabila Najib selalu keluar negara berjumpa dengan ketua-ketua negara.


Kita labur 100 juta untuk 10 tahun, agak-agak kalau China memberi lebih peluang kepada Malaysia, berapa bilion yang kita mampu raih.?

Kalau hubungan Malaysia China, Jepun dan negera luar tidak bagus, mampukah ekonomi kita berkembang dengan baik.

Hakikatnya, Malaysia rugi kerana ramai rakyatnya mempunyai mentaliti kelas bawah. Korang ingat China senang-senang nak bagi pinjam Panda.?

No comments:

Post a Comment