Saturday, April 5, 2014

Bila lakukan sesuatu, ingat pada yang Maha Esa

Party seperti ini bukan baru. Kecanggihan teknologi menyebabkan ia menonjol seakan fenomena. Party bebas dibuat secara haram. Hal underground seperti ini diluar pengetahuan aku.

Pandangan aku, pihak berkuasa tahu tetapi mereka tidak mengambil tindakan.


Bulan lepas enam orang maut dan berbelas kritikal kerana terlebih mengambil dadah sintetik. Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) mendapat restu dari kerajaan. Mungkin kerana ia salah satu acara dalam kalender Tahun Melawat Malaysia.


FMFA sama seperti konsert yang lain. Oleh kerana ada kematian, maka konsert ini menjadi perhatian ramai.

Aku tidak percaya penonton Metalica tidak mengambil dadah semasa menonton konsert. Begitu juga dengan konsert-konsert yang lain.

Serius aku hanya pernah pergi konsert wings dan search semasa Pesta PD awal tahun 90an. Konsert lain aku tidak pernah ada keinginan.

Kerajaan berdosa kerana menyajikan konsert hiburan yang melalaikan. Itu dari segi hukum agama.

Jika kerajaan persekutuan dipegang oleh pakatan rakyat, adakah konsert melalaikan seperti ini tidak dibenarkan.?
Dulu hanya kerajaan BN bertindak merobohkan gerai dan setinggan. Oleh kerana pakatan pembangkang sudah mempunyai kerajaan, mereka juga bertindak seperti kerajaan BN.



Dah takde keje agaknya.

No comments:

Post a Comment