Saturday, April 5, 2014

Penculik di Sabah minta tebusan

Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna

Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu - seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.


Siasatan polis menunjukkan ia didalangi oleh orang dalam. Setakat ini 3 orang lelaki dan seorang perempuan sudah ditahan untuk tujuan siasatan. Menurut pihak polis mereka terlibat di dalam semua kes penculikan sebelum ini.

Terbaru pihak polis mengesahkan tebusan dalam keadaan selamat di selatan Filipina. Penculik telah meminta tebusan daripada kerajaan sebanyak RM 11 juta bagi tebusan warga China dan RM200K bagi tebusan warga Filipina.

Kerajaan China yakin Malaysia akan memberikan khidmat terbaik untuk membebaskan tebusan. Tekanan secara berhemah daripada kerajaan China walaupun mereka tahu tebusan kini berada di negara jiran

Isunya, kerajaan tersepit. Pilihan terbaik yang ada pada kerajaan ialah dengan membayar tebusan.

PDRM dan ATM tidak boleh membebaskan tebusan dengan menyerbu sarang penculik. Siapakah sepatutnya layak untuk membebaskan tebusan kalau bukan Filipina.

Kegagalan Filipina menyekat Abu Sayyaf menjadi beban kepada negara.

No comments:

Post a Comment