Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Lelaki memang suka seks

Pengakuan suami curang kerana isteri hilang kecantikan.

Lelaki Islam tidak boleh dilabel curang walau dia mempunya girlfriend. Perkataan tidak jujur lebih sesuai.

Apa jua alasan, lelaki mempunyai hubungan perempuan lain adalah alasan semata-mata. Fitrah lelaki adalah begitu. Nabi dikecualikan kerana Nabi kekasih Allah. Apa jua yang dilakukan oleh Nabi adalah suruhan Allah.

Kalau ada yang bising, sunnah Nabi bukan kahwin sahaja. Nabi yatim piatu, peniaga, ikhlas dan semua yang dituntut oleh Islam dilakukan oleh Nabi. Itulah dikatakan sunnah iaitu perbuatan dan perkataan. Jika Nabi tidak kahwin lebih satu, tidak lengkaplah sunnah Nabi untuk umatnya.

Aku tidak banyak pengalaman rumahtangga ataupun kehidupan. Kerana aku seorang lelaki, aku tahu naluri seorang lelaki.

Nasihat aku kepada para isteri, jaga suami lahir batin. Ramai isteri mengabaikan nafkah batin, terutama wanita yang sudah agak berusia. Isteri hanya mahu suami memahami sedangkan isteri tidak memahami kehendak suami.

Suami itu lelaki. Memang nafsu lelaki satu, tapi harus diingat, walaupun satu ia seperti lahar gunung berapi. Ia tidak akan padam selagi jantung itu berdegup.

Isteri dan wanita, tak perlu berbahas untuk ini. Memang Allah jadikan lelaki begitu dan perempuan begini. Ibaratnya, jangan disuruh pokok kacang tegak sendiri seperti pokok buluh. Allah jadikan begitu.

Jika ada yang mahu berbahas, mungkin anda akan kehilangan suami atau berkongsi kasih. Noktah.

Orang kata perempuan lebih cerewet dari lelaki. Sebenarnya lelaki lebih cerewet teutama bab2 kepuasan.

Orang kata perempuan manja dan lelaki macho. Percaya atau tidak lelaki suka dibelai dan digoda. Dilayan, diromantik.?

Argh. aku lelaki tidak perlukan itu. Ini statement arrogrant.

Jika seorang suami lebih romantik dan lebih perihatin kepada isteri, bak kata Pak Abu madu tiga. Baik ada makna tu...

So kesimpulannya... lelaki ini cerewet. Kepada suami dan isteri setia nan satu. Taniah.

Tapi dari perspektif Islam, adakah lelaki disyorkan kahwin lebih dari satu.?

Friday, September 12, 2014

melayu malas.?


Melayu malas, benarkah.?

Malas tidak mengira kaum, tetapi orang melayu perlu mengubah beberapa sikap untuk tidak dilabel sebagai pemalas.

Melayu lebih maju jika mereka membuang penyakit mahu senang dengan mudah. Kedua, budaya orang Malaysia, mereka tidak malu dengan kegagalan mereka.

Sekarang ramai yang tidak berwibawa menerajaui pelbagai sektor. Mereka masih dalam jawatan walaupun terang dan nyata dia gagal membawa perubahan.

Wajarkah Rashid Sidek meletak jawatan.?

Jawapan aku yea.

Tengku Mahaheel wajar diberi peluang memilih ketua jurulatih mengikut citarasanya sendiri. Kita menyalahkan beliau atas kemerosotan sukan badmintan tetapi kita tidak menyokong beliau membuat perubahan.

Menjadi lumrah golongan pembuat keputusan terselamat dalam kegagalan. Orang yang sering dipersalahkan dalam sesuatu kegagalan ialah kerani.

Selagi kita tidak berubah, selamanyalah kita di tahap ini.

Friday, June 13, 2014

Peminat tudung Fareeda memperbodohkan diri sendiri

Jika ada produk terbaru, peminat tudung Fareeda sanggup beratur berbelas jam. Pembeli yang datang dari jauh akan tidur di kaki lima kedai. Mereka berduit tetapi kerana tudung Fareeda, mereka seperti pengemis.


Kebelakangan ini, ramai penggemar tudung Fareeda mengeluh kerana Fareeda tidak cuba untuk menambah baik perkhidmatan.


Tudung Fareeda dikritik kerana tidak cukup panjang, mahal, tidak menjaga customer. Tidak kurang yang mencaci kerana Fareeda telah merampas produk tiruan mereka.

Bagi aku mudah sahaja, kalau dah tak suka dengan layanan, tak payah la beli. Bukan mati pun tak pakai tudung keluaran dia. Kalau kemaruk sangat, layan saja dan tak perlu merungut.

Terpulang kepada anda sendiri. Takde siapa suruh beli tudung dia.

Dia nak limit hanya 5 pasang, tak nak jual borong atau apa sahaja, ikut dia la. Nak boikot, pi la boikot. Yang hang nak sangat jadi pengemis apasal.?

Ragam


Thursday, June 12, 2014

Makanan halal tapi haram dimakan

Semua bihun yang dikeluarkan oleh kafir, kotor !!!. Pembuatan mee juga tidak terkecuali. Kalau tak percaya, pergi lawat tempat membuat mee. Dah tengok kompem tak lalu nak makan.

Untuk mengelakkan makanan yang kita makan bersih, belilah makanan produk bumiputera. Nama produk melayu untuk menarik pembeli.


Penyembelihan ayam yang tidak mengikut syarak.

Friday, May 30, 2014

Apa la dosa budak tu dikelar.

Suspek bunuh kanak-kanak di Sungai Klang dipercayai telah lemas.


Kalau suspek tak mati, patahkan saje semua tulang yang ada badan dia. 

KUALA LUMPUR: Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dikelar di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin di sini semalam dipercayai telah lemas

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Ming berkata suspek tersebut dipercayai telah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.

“Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan kita percaya lelaki tersebut telah lemas,” katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Astro Awani.

Gerakan besar-besaran dijalankan bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap malam tadi..

“Gerakan mengesan suspek masih diteruskan oleh polis yang dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kuala Lumpur.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9 malam hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.

“Mayat tersebut mengalami cedera parah dibahagian belakang kepalanya akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya,”.

Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.

“Siasatan polis kemudiannya berjaya mengesan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 32 tahun dan didapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di bandar raya ini,”.

Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Tingkat 4, Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.

“Dia telah meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada,”.

Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.

“Maklumat awam kemudiannya memberitahu bahawa seorang saksi ternampak seorang lelaki berkulit gelap sedang mendukung seorang kanak-kanak menyusuri Sungai Klang yang kemudiannya merebahkan kanak-kanak berkenaan sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan,”.

Lelaki itu juga dilihat sedang melakukan sesuatu di leher kanak-kanak tersebut.

“Beberapa orang awam bergegas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menyedari dirinya dikejar oleh orang ramai, suspek bertindak terjun ke Sungai Klang sebelum hilang dibawa arus,”.

Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wednesday, May 28, 2014

Dera sampai mati. patut penjara 20 tahun 6 sebatan.

Mungkin stress menjadi punca kes dera. Apapun penyebab, anak bukan tempat punch bag kemarahan. Ada juga suami menjadikan isteri tempat melepaskan kemarahan.

Mungkin jiran tahu budak ini didera. Mungkin juga ahli keluarga tahu budak ini menjadi mangsa dera. Mengapa mereka tergamak mendiamkan diri tanpa melaporkan kepada pihak bewajib.?

Aku anggap ibu ini, perempuan gilakan batang.

Kita mengutuk undang-undang sweden, hakikatnya kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat.


Wednesday, May 7, 2014

Tidak terasa sesuatu nikmat selagi ia masih ada

Komen seorang melayu berkaitan cadangan memansuhkan "bangsa" dalam borang kerajaan.

Kalaulah benar dia bekerja atau belajar di uitm, memang terbaik apa yang dikatakan. Apa gunanya menyimpan ruangan bangsa kalau bangsa itu tidak tahu erti mengenang budi.

Dia tidak rasa terkurang, dia sudah menikmati keburukkan dasar penindasan yang dilaksanakna oleh umno.

Kalau bukan kerana dasar DEB, belum tentu dia boleh menikmati keselesaan seperti sekarang. Ayuh, mansuhkan sahaja.

Naturalisasi Paulo Rangel tidak dipersetujui oleh semua rakyat.

Hakikatnya, banyak negara mempraktikkan kaedah ini dan terbukti mereka tidak silap dalam percaturan. Bagi aku, Rangel amat tua untuk berbakti.

Pasukan Real Madrid bernilai bilion ringgit, tetapi mungkin tahun ini juara liga dirangkul oleh Atlético Madrid. Apakah rahsia kejayaan Atlético Madrid mencipta ramai pemain hebat.?

Jika kemerosotan bola sepak seratus perastus salah FAM, mengapa pasukan yang bertanding dalam piala AFC jarang digeruni lawan.? Mungkin salah FAM juga.


Fandy Abdullah Begitulah kehidupan...najis orang kita tak tahan baunya tapi kalau najis sendiri kita boleh relax. Kesalahan orang kita selalu nampak tapi kesalahan kita sendiri kita tak sedar.

Kedai telefon terminal one menipu pengguna


Saya mahu berkongsi pengalaman saya di TERMINAL ONE, tingkat Empat di kedai hp yg takde tulis nama kedai tapi paparan itam tulisan LENOVO. (Nama kedai dikatakan Wish Generation). 
SEMOGA PIHAK RAMAI MENDAPAT PENGAJARAN DAN SETERUSNYA MEMBENDUNG KEJADIAN MENIPU LICIK INI!!!!

Kejadian berlaku pada 4hb Mei 2014, pkul 6.30 ptg. Saya menemani rakan datang ke terminal one, dgn niat utk membeli Apple Iphone 5. Setelah membuat tinjauan, di dapati harga yg di tawarkan suatu kedai di Tingkat 4, Terminal One dgn paparan Lenovo di kiosk tersebut (lokasi kiosk/kedai sperti dilakaran di bawah):




Apple Iphone 5 16gb berharga RM1699 manakala 32gb ditawarkan RM1899. Hanya perlu tambah RM200 dapat model 32gb. Setelah tawar menawar harga model 32gb diturunkan kepada RM1850 dan seterusnya final RM1800. Bagi kami harga tersebut ok, setelah dibandingkan survey kasar di The Mines, dan juga di sekitar Senawang.

Ketika itu, yg menjaga kiosk tersebut jugak dipercayai rakan kongsi kiosk tu dua orang wanita cina (berusia lingkungan 20-30 tahun). Setelah bersetuju dgn harga RM1800 utk model 32gb, kami bersetuju dan diberi tawaran percuma utk screen protector dan housing (anggaran bernilai RM10-15). Jadi, deposit diperlukan sementara menunggu pemasangan screen protector, rakan sy meletakkan RM50, lalu kami pergi membeli makan sebentar di kedai ground level Terminal One.

Setelah kembali dalam 15 minit kemudian, iphone siap dipasang screen protector, dan kami berpuas hati, lalu membayar baki sebanyak RM1750. Setelah itu, seorang perempuan berbangsa cina (berambut panjang), dgn cepat nya offer kami utk jailbreak iphone, sambil cerita kelebihan jailbreak/apps percuma dll.

Utk makluman, sy dah menggunakan product iphone selama 5 tahun lebih dan tidak menggalakkan jailbrek bagi pengguna biasa seperti rakan sy yg skadar melayari internet dan social surfing.
Jadi saya cakap tidak. Setelah berkali kali menolak tawaran tersebut, akhirnya beliau akur. Kemudian perempuan cina tersebut dgn cepat cakap, utk tolong create apple id, dan masukkan applikasi secara percuma. Dia ckp takpe sy tolong u.

Dalam hati sy tidak perlu pun takpe sbb applikasi itu percuma je, dan id bole kita create secara peribadi/privacy sendiri di rumah. Tapi ntah kenapa, sy dan rakan bersetuju lalu mgkin memudahkan kami lagi, bila balik tak payah susah2 nk create/install apps.
Jadi perempuan cina tersebut meminta kami masa 30-40 minit lagi - offer percuma utk create id, install application dan game serta update software iOS dari 7.0.x kepada 7.1
Jadi sekali lagi kami merayau2 utk membuang masa selama 30-40 minit.

Setelah kembali 40 minit kemudian, perempuan cina tersebut menunjukkan apa yg telah di lakukan seperti create id, disertakan id tersebut dan password, dan application seperti WECHAT, WHATSAPP, TANGO, VIBER, FACEBOOK dan TWITTER, tetapi tiada game game seperti yg dikatakan. Dalam hati sy ini semua free, xpe lah.

Akan tetapi perempuan cina tersebut ambil calculator dan tunjukkan charge sebanyak RM299 dikenakan atas service tersebut.

NAMPAK TAKKK?
1) Kesilapan pertama: tidak meminta resit ketika sebaik sahaja bayaran diberikan: kunun atas sebab professionalism/kepercayaan pihak kedai.
2) Verbal agreement mngatakan percuma tetapi kemudiannya RM299 utk software yg percuma?

Sedikit kekecohan berlaku, kerana saya bukannya buta Apple.

PERTAMA:
Saya menegaskan Apple ID adalah percuma. Akan tetapi kedua dua perempuan tersebut menegaskan ia berbayar utk model iphone 5 dan iphone 5s. Saya hanya menggunakan iphone 4s, jadi mereka ingt sy tak tahu tentang apple id.
Perempuan berdua ini claim: "Kalau u pergi midvelley apple centre u kne bayar RM500 tau, minta kad kredit la ape la tau utk create apple id".
Saya menegaskan secara percuma tetapi perempuan berdua ini tetap cakap kena bayar. Mereka berdua cakap mereka turut menggunakan iphone dan id mereka tersebut juga adalah dibyar kepada technician.
WHAT THE FISHHH??

Saya dengan tak puas hatinya mengeluarkan iphone saya, dan create Apple ID depan mata perempuan cina ini. Mereka berdua kelihatan gelisah.. Apple ID created, dan saya menegaskan bahawa saya pengguna apple product sudah 5 tahun lebih, macbook pro, air, ipad dan iphone. Kedua dua perempuan ini mula bercakap irrelevant, dan out of topic (explain apple id tu privacy, sebb tu kena bayar), dan masih menegaskan perlu bayar RM299.

KEDUA:
Saya jugak menegaskan di mana software yg dimasukkan itu, setting iphone dll. Saya masih tak nampak di mana yg kos RM299, sedangkan fb, whatsapp dan wechat adalah percuma.
Bagi saya RM299 adalah kos sgt menipu dan tidak disebut pada awal perjanjian.

KETIGA:
Saya dgn tegas mngatakan bayaran RM299 tidak langsung disebut pada awal perjanjian malah berkata ia adalah percuma, dan jugak ckp "mahu tolong install dan create".
Akan tetapi perempuan cina tersebut cakap: saya kata ada cas sedikit, mana bole percuma macam mana mahu buat bisness maa kalau percuma.
Saya skali lagi mencelah mngatakan KAMU PATUT CAKAP AWAL AKAN DIBYAR CAS RM299, dan dia dgn selamba cakap: saya tak tahu maa, ini harga technician skejap naik skejap turun, dan memberikan analogy pertandingan bola sepak Chelsea lawan Manchester mana tahu maa siapa menang siapa kalah, sama lah dgn harga service tersebut.
Betapa sakitnya hati aku dgr analogi bodoh perempuan tersebut.

Kemudiannya perempuan cina tersebut memanggil kawan mereka duma org lelaki.

Seorang rakan mereka berbadan gempal, berusia awal 30an menegaskan kami tetap perlu bayar. Saya sekali lagi menegaskan apple id percuma dan menunjukkan bukti saya sendiri telah mencipta id dalam 5 minit sahaja di depan mata kedua dua perempuan cina tersebut.

Kemudian statement berubah, lelaki itu cakap perlu byar sbb "You suruh kami buat jadi you kena byar service kami", dan skali lagi saya tegaskan pada mulanya perempuan cina itu menawarkan percuma tetapi kemudiannya menafikannya.

Akhirnya setelah 40min di kiosk tersebut mempertikaikan RM299, terpaksa di byar jugak.
Setelah ditawarkan RM250 harga final. Kemudian resit barulah dikeluarkan

Dalam hati saya mahu report kepada polis tetapi tidak yakin akan keupayaan polis dalam settlekan kes mcm ni, dan jugak terfikir persatuan pengguna tetapi yakin persatuan pengguna Negeri sembilan tidak kuat.

Saya dalam dilemma patutkah diajukan Report kepada polis/persatuan pengguna.
Ada sapa2 pernah alami situasi seperti ini?

Saya sakit hati sbbkan kejadian penipuan ini pasti byk berlaku tambah2 pulak kepada sesiapa yg tidak tahu pasal Apple product. Saya simpati kepada sesiapa yg terkena dgn cara begini.

Nasihat saya, boikot kedai ni terus. (Gambar kedai tersebut takde kesempatan utk snap).

Tuesday, May 6, 2014

Pemilikan rumah masalah utama rakyat


Penempatan atau perumahan adalah satu isu yang besar kepada rakyat negara ini terutamanya bagi golongan bandar. Manipulasi monopoli kewangan oleh syarikat besar tempatan dalam mengambilalih kepentingan lokasi tanah di kota besar meninggalkan kesan peminggiran tempat tinggal warga tempatan keluar jauh daripada kota besar daripada tempat mencari rezeki yang mana sebenarnya meninggalkan rantaian kesan ekonomi kepada setiap warga, yang secara langsungnya menimbulkan masalah sosial yang menjurus kepada soal keselamatan.



Budaya mementingkan keuntungan semata-mata atas dasar menapak selangkah demi selangkah kearah negara berpendapatan tinggi semata tidak sinonim dengan unjuran agama yang dijunjung. 


Bagi yang mempunyai kedudukan kewangan akan terpaksa berbelanja lebih untuk memiliki kediaman yang selesa dan teratur, golongan yang kurang berkemampuan pula terpaksa merempat dan terpaksa menerima seadanya kemampuan tempat tinggal masing-masing, manakala yang kaya terus rakus menjana kekayaan dengan memonopoli kawasan perumahan dengan menyewakan kembali dengan pulangan jangka panjang atau menjual semula dengan harga yang tak masuk akal secara tidak langsung melonjakkan harga pasaran penempatan secara palsu. 

Tidak kurang pula tiada sekatan pemilikkan yang kukuh bagi warga luar memliki hartanah yang dibina melampaui kemampuan warga tempatan lalu kita melihat pemilikkan bertukar kepada bukan warganegara. Secara langsung sedikit demi sedikit bumi bertuah Malaysia ini digadai atas alasan yang disebut terawal.

Bila timbul soal keselamatan maka pihak berkuasa seperti polis dan tentera yang menjadi kambing hitam kononnya kegagalan mengawal keadaan sedangkan kawalan terhadap keujudan penempatan harus juga dilihat dari segi kesan geopolitiknya disamping keseimbangan kepada semua unsur terutama soal keselamatan. Apakah agensi kerajaan yang lain tidak melihat akan kepentingan ini? Ataupun sekadar menutup mata untuk menerima tempias keuntungan semata-mata.

Adakah agensi kerajaan yang menggunakan dana awam patut membantu kerajaan? Tidakkah pemimpin kerajaan melihat perkara ini? Adakah 1MDB atau PRIMA1 jawapannya?

Janganlah berpolitik mengikut nafsu akhirnya kepentingan negara khasnya rakyat tempatan terbiar dan melarat.

Apa yang pemimpin kerajaan buat? Bolehkah anda huraikan?

Apakah sebenarnya "Melayu halau melayu daripada bandar" dan bangsa lain cuma menunggu peluang?

Monday, April 21, 2014

MH192 selamat mendarat di KLIA

Alhamdulillah. setelah percubaan mendarat kali kedua MH192 selamat mendarat di KLIA pada pukul 0200 pagi tadi.



Pesawat Boeing B737-800 yang berlepas dari KLIA pada 1009 ke Bangalore malam tadi dijadualkan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35 malam tetapi terpaksa berpatah balik setelah dikesan mengalami masalah.

Awal laporan menyatakan tayar hadapan pecah semasa berlepas.

Pesawat itu berlegar sekitar Pulau Ketam Melaka untuk menghabiskan minyak bagi meminimakan risiko semasa pendaratan.

Pesawat ini membawa 166 penumpang termasuk 7 krew kabin.

Sekali lagi kecekapan juruterbang MAS diuji dan mereka membuktikan mereka adalah pilot yang berwibawa.




Semua agensi berkaitan bersiap sedia sebarang kemungkinan


Kapten Nor Adam Azmi, Pilot MH192 dipeluk Hishamuddin selepas pendaratan



Hishamuddin bersama penumpang


Menanti pendaratan kecemasan MH192


Tayar yang pecah




MEDIA STATEMENT released at 1.35am/21 Apr 2014
MH192 Incident

Sepang, 21 April 2014: Malaysia Airlines confirms that flight MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound for Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur. The aircraft’s right-hand landing gear malfunctioned upon takeoff and is expected to make an emergency landing at KLIA at around 2.00am, today.

Flight MH192, operated on the B737-800 aircraft, was scheduled to arrive in Bangalore at 11.35pm the same day. The flight was carrying a total number of 166 people on board which include 159 passengers and 07 crew members.

Malaysia Airlines is currently working with the Airport Fire Rescue Services (AFRS) in anticipation of the landing.

The airline will provide regular updates on the situation.

Thursday, April 17, 2014

Wardina menuduh Ustaz Don sebar hadis palsu


Berdasarkan kepada pengamatan aku, ustaz Don akan diserang. Dan akhirnya telahan aku benar. Dia diserang oleh ustazah facebook, Wardina.

Kenapa aku menjangka akan perkara ini.



Feeds facebook aku, tidak ada seorang pun penyokong pembangkang berkongsikan video ini. Sebaliknya video panda dijaja untuk memperbodohkan orang melayu.

Bani Tamim aka melayu.



Pembangkang amat sensetif  dengan melayu walaupun mereka melayu. Saraf otak mereka mengatakan, melayu itu umno, Islam itu Pas dan PKR itu liberal. Akal mereka sudah dijajah dengan pendekatan politik secara total.

Ustaz Don umpama menyokong umno kerana mengangkat martabat melayu dengan menolak dakwaan melayu ini bodoh, tolol atau bangsa yang tidak berguna. Jika kita rajin membaca sejarah purba, apa yang dikatakan oleh ustaz Don memang ada asasnya.

Ada Ustaz Don menyentuh politik.? Kenapa nak sensetif sangat.?



Baru-baru ini seorang ustaz dari kumpulan penceramah zon kuliah juga membicarakan kisah yang dinyatakan oleh Ustaz Don. Kenapa tidak diserang.?

Mereka membela Islam atau parti. Jika membela Islam, kenapa Wardina TIDAK mengutuk COMANGO malah ikatan diantara mereka agak rapat.


Persoalan aku, siapa Wardina ini.?


Mungkin dirinya terasa hebat, tetapi tanpa disedarinya, dirinya diperbodohkan dengan hanya satu klip video .

Menurut sumber, punca utama Wardina mengkritik Ustaz Don ialah kerana terdapat staf dalam saluran Al-Hijrah yang sakit hati selepas tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don. Kemudian, staf itu dikatakan bertindak mengedit satu video untuk dimuatnaik di akaun facebook miliknya.

Tuesday, April 15, 2014

Punca sebenar laporan polis azan di Pasir Gudang

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.


Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Sunday, April 13, 2014

Haron Din ke IJN kerana Air Asia

MAS mengenakan bayaran lebih atas perkhidmatan yang baik. Jarang sekali bayaran murah atas perkhidmatan memberikan perkhidmatan yang baik.

So...


Kasihan, tudung Fareeda diciplak

Keadilan dipandang dari skop sempit.


Dia sekali lagi memberi komen bagi pihak manusia yang sempit akalnya.
Dia menjual tudung di facebook miliknya. Tudung ala-ala fareeda. Kasihan kepada Fareeda yang bersusah payah menjenamakan tudung miliknya.

Ramai yang mengutuk tindakan Fareeda merampas tudung ciplak milik yang dijual oleh peniaga lain. Sebelum mengutuk, adalah lebih baik berfikir anda berfikir jika orang mencuri hasil titik peluh anda.

Apa jua hujah, pencuri tetap pencuri. Allah sudah tetapkan pencuri atau berbuat jahat dibalas dengan dosa.

Memang susah untuk mempatenkan tudung. Ia sama seperti makanan, kereta atau rekabentuk yang tidak tetap.


Saya ingin memberitahu kepada semua betapa sukarnya untuk mencari syarikat Melayu yang berjaya. Kalau boleh saya ingin menulis lebih banyak tetapi disebabkan bilangan usahawan yang berjaya terlampau sedikit, saya boleh kira dengan jari berapa artikel saya sudah tulis. Antara syarikat Melayu yang saya pernahtulis adalah Fareeda pada suatu masa dahulu, sekarang ada beberapa isu yang negatif sudah tersebar berkenaan perniagaan tersebut.

Pertama sekali, beberapa orang Melayu sendiri mengkritik Fareeda berkenaan harga produk mereka yang tinggi, ada berkata Fareeda tidak menolong orang Melayu kerana tudungnya terlalu mahal. Semua perlu ingat,Fareeda ialah sebuah syarikat swasta, mereka perlu menghasil dan menjual produk yang ada permintaan tinggi, itu sebabnya mereka lebih berjaya daripada syarikat tudung lain, mereka memasuki a niche market iaitu tudung high end. Ia bukan satu kesalahan bagi seorang usahawan melayu untuk memasuki pasaran high end. Saya tidak boleh memarahi NAZA kerana menjual kereta Ferrari, bagus jika orang Melayu menjual kereta Ferrari, tak kan saya mahu Melayu berjaya tetapi memberi syarat bahawa NAZA perlu import kereta murah sahaja dan membenarkan bukan Melayu monopoli industri kenderaan mewah.

Kedua ialah berkaitan copyright, baru-baru ini Fareeda bekerjasama dengan Kementerian Pengguna untuk merampas tudung ciplak Fareeda yang dijual oleh peniaga lain. Ada beberapa pihak mengatakan bahawa Fareeda yang sudah besar menghalang rezeki peniaga kecil lain. Di semua negara yang maju ada copyright law, bayangkan saudara atau saudari seorang saintis atau jurutera yang berusaha dan telah menyelesaikan semua halangan untuk menghasilkan sebuah produk baru, tiba-tiba ada jiran atau syarikat lain meniru dan menghasilkan produk sama begitu sahaja dengan alasan, “syarikat fareeda dah besar jangan tutup rezeki orang lain”.

Orang Melayu perlu lebih kreatif, kalau seorang peniaga di pasar jual ayam goreng dan mendapat ramai pelanggan,jangan kita pula jual ayam goreng yang sama, cuba tukar resipe tu biar dia lain. Kalau dalam satu pasar ramai jual ayam goreng yang sama, maka semua peniaga itu akan rugi. Copyright itu penting untuk memberi kepastian kepada seorang saintis,jurutera atau usahawan bahawa mereka boleh hasilkan sebuah produk kerana ia tidak boleh diciplak oleh pihak lain.

Secara kesimpulan, saya selaku admin dalam bidang ekonomi merayu agar semua pihak tidak menjatuhkan nama syarikat fareeda. Kalau tidak suka dengan produknya maka tidak perlu beli, tetapi jangan sampai menurunkan nama syarikat ini kepada pembeli lain. Ramai orang Melayu bercakap dengan semangat bahawa kita perlu bangunkan ekonomi Melayu Islam, bercakap sampai berjam-jam berkenaan topik ini, sekarang masanya untuk bertindak, buang sikap dengki dan jangan masuk campur dalam pengurusan Fareeda, itu kerja kakitangan syarikat. Saya minta maaf jika terguris hati pembaca.

Saturday, April 5, 2014

Penculik di Sabah minta tebusan

Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna

Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu - seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.


Siasatan polis menunjukkan ia didalangi oleh orang dalam. Setakat ini 3 orang lelaki dan seorang perempuan sudah ditahan untuk tujuan siasatan. Menurut pihak polis mereka terlibat di dalam semua kes penculikan sebelum ini.

Terbaru pihak polis mengesahkan tebusan dalam keadaan selamat di selatan Filipina. Penculik telah meminta tebusan daripada kerajaan sebanyak RM 11 juta bagi tebusan warga China dan RM200K bagi tebusan warga Filipina.

Kerajaan China yakin Malaysia akan memberikan khidmat terbaik untuk membebaskan tebusan. Tekanan secara berhemah daripada kerajaan China walaupun mereka tahu tebusan kini berada di negara jiran

Isunya, kerajaan tersepit. Pilihan terbaik yang ada pada kerajaan ialah dengan membayar tebusan.

PDRM dan ATM tidak boleh membebaskan tebusan dengan menyerbu sarang penculik. Siapakah sepatutnya layak untuk membebaskan tebusan kalau bukan Filipina.

Kegagalan Filipina menyekat Abu Sayyaf menjadi beban kepada negara.

Friday, February 28, 2014

Didik anak bermula dari rumah

Kekadang ibubapa tidak sedar hukuman atau denda kepada anak melebihi batas. Hilang kewarasan cubitan menjadi tabiat dan merontan anak bukan untuk mengajar tetapi sebagai bahan untuk melepaskan geram.

Mendidik anak bermula dalam kandungan. Bersembanglah, bacakan doa-doa yang bagus untuk zuriat kita. Secara peribadi aku tidak pernah merotan anak-anak aku. Alhamdulilah, mereka amat takutkan aku. Kerana takut dengan aku, nyayian sengau pun mereka kata sedap.

Takut bukan bereti mereka tidak bermanja dengan kita. Kita harus bijak bermain dengan situasi dan emosi.

Bila aku suruh anak aku picit kepala. " abah ni.. selalu suruh picit kepala. Dah macam hamba."

Aku sedih dengar ayat tu. Niat aku cuma nak bermanja dengan mereka, bukan mengambil kesempatan. Bila mereka picit, aku rasa macam lebih dekat dengan mereka. Boleh bersembang seperti kawan-kawan.

Macam mana aku nak buang apa yang anak aku fikir. Aku dah jelaskan tetapi dia masih kata hamba.

Anak aku minta tolong something, then aku cakap. " abah dah macam hamba Aim.".

Dengan short conversation, akhirnya anak aku faham, apabila dalam keluarga, tidak ada istilah hamba. Akhirnya tidak ada perkataan hamba apabila disuruh.

Apapun, aku cukup beruntung kerana isteri aku dapat mendidik anak-anakku dengan cemerlang.


Ini cerita lama. Geram dengan manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Kalau tak mampu jadi pengasuh, tak payah ambik upah jaga budak.

Adik Ahmad Fateh 5 bulan yang didera pengasuhnya dengan memberi susu panas, mengakibatkan mulut dan saluran tekak bayi ini melecur.

Kesan daripada itu adik Ahmad Fateh terpkasa minum susu dengan menggunakan tiub.

Kes dera ini berlaku 9 Oktober lalu di Saujana Utama Sungai Buluh, dan masih dalam sisasatan pihak berkuasa.

Thursday, February 6, 2014

Tangan guru dipotong kerana memulas telinga anak murid

Update.!

Cerita sebenar bukan kisah di Sabah atau Perak., tetapi di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, Sarawak. Menurut sumber, mangsa membantu mengutip hutang bapa kawannya dalam keadaan mabuk. Difahamkan rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Tajuk Tak kena langsung.

Kesahihan cerita masih tidak diketahui. Tangan seorang guru dipotong gara-gara memulas telinga seorang anak muridnya. Kejadian dilaporkan di Sabah.
Kalau betul la kan kejadian ini, memang sungguh tragis. Kalau setakat memulas telinga, apa la sangat. Aku pun sokong tindakan guru tersebut. Harap cerita ini tidak benar. Tugas guru semakin mencabar akibat segelintir ibubapa yang terlebih pandai.
Yea kot, lepas ini guru buat doo no yola.. tapi kalau anak murid tak pandai, guru gak yang kena. sumber