Friday, June 13, 2014

Peminat tudung Fareeda memperbodohkan diri sendiri

Jika ada produk terbaru, peminat tudung Fareeda sanggup beratur berbelas jam. Pembeli yang datang dari jauh akan tidur di kaki lima kedai. Mereka berduit tetapi kerana tudung Fareeda, mereka seperti pengemis.


Kebelakangan ini, ramai penggemar tudung Fareeda mengeluh kerana Fareeda tidak cuba untuk menambah baik perkhidmatan.


Tudung Fareeda dikritik kerana tidak cukup panjang, mahal, tidak menjaga customer. Tidak kurang yang mencaci kerana Fareeda telah merampas produk tiruan mereka.

Bagi aku mudah sahaja, kalau dah tak suka dengan layanan, tak payah la beli. Bukan mati pun tak pakai tudung keluaran dia. Kalau kemaruk sangat, layan saja dan tak perlu merungut.

Terpulang kepada anda sendiri. Takde siapa suruh beli tudung dia.

Dia nak limit hanya 5 pasang, tak nak jual borong atau apa sahaja, ikut dia la. Nak boikot, pi la boikot. Yang hang nak sangat jadi pengemis apasal.?

No comments:

Post a Comment