Friday, February 28, 2014

Didik anak bermula dari rumah

Kekadang ibubapa tidak sedar hukuman atau denda kepada anak melebihi batas. Hilang kewarasan cubitan menjadi tabiat dan merontan anak bukan untuk mengajar tetapi sebagai bahan untuk melepaskan geram.

Mendidik anak bermula dalam kandungan. Bersembanglah, bacakan doa-doa yang bagus untuk zuriat kita. Secara peribadi aku tidak pernah merotan anak-anak aku. Alhamdulilah, mereka amat takutkan aku. Kerana takut dengan aku, nyayian sengau pun mereka kata sedap.

Takut bukan bereti mereka tidak bermanja dengan kita. Kita harus bijak bermain dengan situasi dan emosi.

Bila aku suruh anak aku picit kepala. " abah ni.. selalu suruh picit kepala. Dah macam hamba."

Aku sedih dengar ayat tu. Niat aku cuma nak bermanja dengan mereka, bukan mengambil kesempatan. Bila mereka picit, aku rasa macam lebih dekat dengan mereka. Boleh bersembang seperti kawan-kawan.

Macam mana aku nak buang apa yang anak aku fikir. Aku dah jelaskan tetapi dia masih kata hamba.

Anak aku minta tolong something, then aku cakap. " abah dah macam hamba Aim.".

Dengan short conversation, akhirnya anak aku faham, apabila dalam keluarga, tidak ada istilah hamba. Akhirnya tidak ada perkataan hamba apabila disuruh.

Apapun, aku cukup beruntung kerana isteri aku dapat mendidik anak-anakku dengan cemerlang.


Ini cerita lama. Geram dengan manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Kalau tak mampu jadi pengasuh, tak payah ambik upah jaga budak.

Adik Ahmad Fateh 5 bulan yang didera pengasuhnya dengan memberi susu panas, mengakibatkan mulut dan saluran tekak bayi ini melecur.

Kesan daripada itu adik Ahmad Fateh terpkasa minum susu dengan menggunakan tiub.

Kes dera ini berlaku 9 Oktober lalu di Saujana Utama Sungai Buluh, dan masih dalam sisasatan pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment