Berdasarkan kepada pengamatan aku, ustaz Don akan diserang. Dan akhirnya telahan aku benar. Dia diserang oleh ustazah facebook, Wardina.
Kenapa aku menjangka akan perkara ini.
Feeds facebook aku, tidak ada seorang pun penyokong pembangkang berkongsikan video ini. Sebaliknya video panda dijaja untuk memperbodohkan orang melayu.
Bani Tamim aka melayu.
Pembangkang amat sensetif dengan melayu walaupun mereka melayu. Saraf otak mereka mengatakan, melayu itu umno, Islam itu Pas dan PKR itu liberal. Akal mereka sudah dijajah dengan pendekatan politik secara total.
Ustaz Don umpama menyokong umno kerana mengangkat martabat melayu dengan menolak dakwaan melayu ini bodoh, tolol atau bangsa yang tidak berguna. Jika kita rajin membaca sejarah purba, apa yang dikatakan oleh ustaz Don memang ada asasnya.
Ada Ustaz Don menyentuh politik.? Kenapa nak sensetif sangat.?
Baru-baru ini seorang ustaz dari kumpulan penceramah zon kuliah juga membicarakan kisah yang dinyatakan oleh Ustaz Don. Kenapa tidak diserang.?
Mereka membela Islam atau parti. Jika membela Islam, kenapa Wardina TIDAK mengutuk COMANGO malah ikatan diantara mereka agak rapat.
Persoalan aku, siapa Wardina ini.?
Mungkin dirinya terasa hebat, tetapi tanpa disedarinya, dirinya diperbodohkan dengan hanya satu klip video .
Menurut sumber, punca utama Wardina mengkritik Ustaz Don ialah kerana terdapat staf dalam saluran Al-Hijrah yang sakit hati selepas tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don. Kemudian, staf itu dikatakan bertindak mengedit satu video untuk dimuatnaik di akaun facebook miliknya.
No comments:
Post a Comment