Saturday, April 19, 2014

Rest In Peace

"RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman).

Ekoran daripada kematian mengejut Karpal Singh, tiba-tiba sahaja umat Islam dilarang mengucapkan perkataan itu. Majlis Fatwa Kebangsaan amat tidak menggalakan umat Islam mendoakan kebaikan orang kafir.

Para ulama sepakat bahwa hukum mendoakan orang kafir, sekalipun kepada orang tua atau kerabat adalah haram, kecuali mendoakan agar mereka diberikan hidayah oleh Alloh swt untuk masuk Islam. Hal ini berdasarkan dalil Al-Qur’an Surat At-Taubah ayat 113 dan 114:

ماكان للنبي والذين أمنوا أن يستغفروا للمشركين ولو كانوا ألى قربى من بعد ماتبين لهم أنهم أصحاب الجحيم. وماكان استغفار إبراهيم لأبيه إلا عن موعدة وعدها إياه فلما تبين له أنه عدو لله تبرأ منه. إن إبراهيم لأواه حليم (سورة التوبة:113-114)

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Alloh swt) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabatnya, sesudah jelas bagi mereka bahwa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Alloh swt) untuk bapaknya, tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka ketika jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Alloh, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (QS At-Taubah :113-114)

Bagi aku masa yang diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah tidak bersesuaian. Mungkin keputusan Majlis Fatwa mempunyai maksud yang tersirat.

Secara peribadi aku tidak mengungkapkan perkataan itu kerana  kefahaman aku sejak dari kecil orang kafir akan menjadi kayu api neraka. Jika kita percaya akan siksa kubur, masakan kita tidak percaya akan balasan orang yang tidak percaya kepada Allah.

Mungkin ada perkataan yang lebih sesuai untuk orang Islam bagi menunjukkan kepada keluarga mereka.

Selebihnya biarlah mereka yang pakar menguruskan perkara ini.


Komen: Liberal yang terlampau. Syuhadah untuk orang yang mati semasa menegakkan Agama Allah.

Sesat tahap gaban. Aku tak tahu apa yang menarik dengan budak ini. Silap² budak ini yang akan mendapat azab yang lebih dasyat.

No comments:

Post a Comment