Hari ini seorang warga selangorkini, DJ Mansor meninggal dunia kerana denggi. Kes denggi meningkat di seluruh negara. Aku tidak menyalahkan kerajaan Selangor 100%. Tetapi aku kecewa dengan pengurusan sampah di Selangor.
Jika ini berlaku semasa umno memerintah apa kata rakyat Selangor.?
Penamatan Alam Flora disambut dengan tempikan gemuruh oleh rakyat Selangor. Mereka kata Khalid bijak mentadbir dan berjaya memusnahkan kroni umno.
Khalid mengumumkan kerajaan negeri berjaya menjimatkan jutaan ringgit dengan menamatkan kontrak Alam Flora.
Untuk rakyat Selangor, apa gunanya kerajaan negeri mempunyai duit bertimbun jika rakyat dihadapkan dengan bau busuk dan persekitaran yang tidak menyenangkan.
Hakikatnya, kerajaan negeri dapat menjimatkan kos kerana pemungutan sampah dibuat tidak sekerap Alam Flora. Dulu jika sampah seperti ini, ramai yang melalak. Sekarang mereka redha dengan pilihan mereka.
Kemarau panjang kebanyakan negeri melaksanakan catuan air. Di Selangor hampir semua tempat menerima catuan. Bukan tidak redha dengan ujian Allah, tetapi keegoan kerajaan pakatan amat menyakitkan hati.
Catuan air menutup keburukan pentadbiran kerajaan Khalid. Sebelum ini banyak tempat mengalami gangguan bekalan dek pelbagai masalah akibat politik kerajaan negeri.
Mereka kata Syabas tidak membuat kerja. Syabas kroni umno. Ini teknik politik pakatan paling berkesan. Menyalahkan orang dan rakyat mempercayainya.
Projek Langat 2, kerajaan negeri Selangor menuduh kerajaan umno mempunyai niat jahat. Mereka membentangkan perancangan kerajaan negeri kepada rakyat. Mereka kata, rakyat Selangor jangan risau. Mereka mempunyai mekanisma menangani isu tersebut. Mereka mempamerkan air dalam empangan yang penuh. Atas teori, air tasik di Selangor bak lautan dan air simpanan bawah tanah tidak kering untuk 7 keturunan.
Now.. selama ini apa yang kerajaan negeri buat dalam industri air.?
Sekarang, di Selangor air seperti emas. Nak kencing pun mengikut jadual. Aku oder tomyam, "sory bang, air takde. makanan bergoreng je. Nasi goreng, mee goreng".
Ramai sudah terasa kepanasan dengan catuan air. Pendapat aku, ikut suka kau la. Kau yang memilih.
Kalau penguasaha kedai makan terasa kesan catuan, sudah pasti syarikat besar merasai kesan yang amat sangat. Kerana kedegilan dan politik yang melampau, akhirnya semua orang berpesta dengan catuan.
Penyokong hudud politik. Wei bang, Najib dah bagi green light untuk tindakan seterusnya. Anak Ibrahim (Khalid dan Anwar) sama sekutu, tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Kenapa tidak dilibas.?
Kalau umno sudah terbuka dalam hal ini, cuma check balik, apa pandangan pakatan rakyat.?? phuiii...
No comments:
Post a Comment