Sunday, April 13, 2014

Kasihan, tudung Fareeda diciplak

Keadilan dipandang dari skop sempit.


Dia sekali lagi memberi komen bagi pihak manusia yang sempit akalnya.
Dia menjual tudung di facebook miliknya. Tudung ala-ala fareeda. Kasihan kepada Fareeda yang bersusah payah menjenamakan tudung miliknya.

Ramai yang mengutuk tindakan Fareeda merampas tudung ciplak milik yang dijual oleh peniaga lain. Sebelum mengutuk, adalah lebih baik berfikir anda berfikir jika orang mencuri hasil titik peluh anda.

Apa jua hujah, pencuri tetap pencuri. Allah sudah tetapkan pencuri atau berbuat jahat dibalas dengan dosa.

Memang susah untuk mempatenkan tudung. Ia sama seperti makanan, kereta atau rekabentuk yang tidak tetap.


Saya ingin memberitahu kepada semua betapa sukarnya untuk mencari syarikat Melayu yang berjaya. Kalau boleh saya ingin menulis lebih banyak tetapi disebabkan bilangan usahawan yang berjaya terlampau sedikit, saya boleh kira dengan jari berapa artikel saya sudah tulis. Antara syarikat Melayu yang saya pernahtulis adalah Fareeda pada suatu masa dahulu, sekarang ada beberapa isu yang negatif sudah tersebar berkenaan perniagaan tersebut.

Pertama sekali, beberapa orang Melayu sendiri mengkritik Fareeda berkenaan harga produk mereka yang tinggi, ada berkata Fareeda tidak menolong orang Melayu kerana tudungnya terlalu mahal. Semua perlu ingat,Fareeda ialah sebuah syarikat swasta, mereka perlu menghasil dan menjual produk yang ada permintaan tinggi, itu sebabnya mereka lebih berjaya daripada syarikat tudung lain, mereka memasuki a niche market iaitu tudung high end. Ia bukan satu kesalahan bagi seorang usahawan melayu untuk memasuki pasaran high end. Saya tidak boleh memarahi NAZA kerana menjual kereta Ferrari, bagus jika orang Melayu menjual kereta Ferrari, tak kan saya mahu Melayu berjaya tetapi memberi syarat bahawa NAZA perlu import kereta murah sahaja dan membenarkan bukan Melayu monopoli industri kenderaan mewah.

Kedua ialah berkaitan copyright, baru-baru ini Fareeda bekerjasama dengan Kementerian Pengguna untuk merampas tudung ciplak Fareeda yang dijual oleh peniaga lain. Ada beberapa pihak mengatakan bahawa Fareeda yang sudah besar menghalang rezeki peniaga kecil lain. Di semua negara yang maju ada copyright law, bayangkan saudara atau saudari seorang saintis atau jurutera yang berusaha dan telah menyelesaikan semua halangan untuk menghasilkan sebuah produk baru, tiba-tiba ada jiran atau syarikat lain meniru dan menghasilkan produk sama begitu sahaja dengan alasan, “syarikat fareeda dah besar jangan tutup rezeki orang lain”.

Orang Melayu perlu lebih kreatif, kalau seorang peniaga di pasar jual ayam goreng dan mendapat ramai pelanggan,jangan kita pula jual ayam goreng yang sama, cuba tukar resipe tu biar dia lain. Kalau dalam satu pasar ramai jual ayam goreng yang sama, maka semua peniaga itu akan rugi. Copyright itu penting untuk memberi kepastian kepada seorang saintis,jurutera atau usahawan bahawa mereka boleh hasilkan sebuah produk kerana ia tidak boleh diciplak oleh pihak lain.

Secara kesimpulan, saya selaku admin dalam bidang ekonomi merayu agar semua pihak tidak menjatuhkan nama syarikat fareeda. Kalau tidak suka dengan produknya maka tidak perlu beli, tetapi jangan sampai menurunkan nama syarikat ini kepada pembeli lain. Ramai orang Melayu bercakap dengan semangat bahawa kita perlu bangunkan ekonomi Melayu Islam, bercakap sampai berjam-jam berkenaan topik ini, sekarang masanya untuk bertindak, buang sikap dengki dan jangan masuk campur dalam pengurusan Fareeda, itu kerja kakitangan syarikat. Saya minta maaf jika terguris hati pembaca.

No comments:

Post a Comment