Tuesday, May 6, 2014

Pemilikan rumah masalah utama rakyat


Penempatan atau perumahan adalah satu isu yang besar kepada rakyat negara ini terutamanya bagi golongan bandar. Manipulasi monopoli kewangan oleh syarikat besar tempatan dalam mengambilalih kepentingan lokasi tanah di kota besar meninggalkan kesan peminggiran tempat tinggal warga tempatan keluar jauh daripada kota besar daripada tempat mencari rezeki yang mana sebenarnya meninggalkan rantaian kesan ekonomi kepada setiap warga, yang secara langsungnya menimbulkan masalah sosial yang menjurus kepada soal keselamatan.



Budaya mementingkan keuntungan semata-mata atas dasar menapak selangkah demi selangkah kearah negara berpendapatan tinggi semata tidak sinonim dengan unjuran agama yang dijunjung. 


Bagi yang mempunyai kedudukan kewangan akan terpaksa berbelanja lebih untuk memiliki kediaman yang selesa dan teratur, golongan yang kurang berkemampuan pula terpaksa merempat dan terpaksa menerima seadanya kemampuan tempat tinggal masing-masing, manakala yang kaya terus rakus menjana kekayaan dengan memonopoli kawasan perumahan dengan menyewakan kembali dengan pulangan jangka panjang atau menjual semula dengan harga yang tak masuk akal secara tidak langsung melonjakkan harga pasaran penempatan secara palsu. 

Tidak kurang pula tiada sekatan pemilikkan yang kukuh bagi warga luar memliki hartanah yang dibina melampaui kemampuan warga tempatan lalu kita melihat pemilikkan bertukar kepada bukan warganegara. Secara langsung sedikit demi sedikit bumi bertuah Malaysia ini digadai atas alasan yang disebut terawal.

Bila timbul soal keselamatan maka pihak berkuasa seperti polis dan tentera yang menjadi kambing hitam kononnya kegagalan mengawal keadaan sedangkan kawalan terhadap keujudan penempatan harus juga dilihat dari segi kesan geopolitiknya disamping keseimbangan kepada semua unsur terutama soal keselamatan. Apakah agensi kerajaan yang lain tidak melihat akan kepentingan ini? Ataupun sekadar menutup mata untuk menerima tempias keuntungan semata-mata.

Adakah agensi kerajaan yang menggunakan dana awam patut membantu kerajaan? Tidakkah pemimpin kerajaan melihat perkara ini? Adakah 1MDB atau PRIMA1 jawapannya?

Janganlah berpolitik mengikut nafsu akhirnya kepentingan negara khasnya rakyat tempatan terbiar dan melarat.

Apa yang pemimpin kerajaan buat? Bolehkah anda huraikan?

Apakah sebenarnya "Melayu halau melayu daripada bandar" dan bangsa lain cuma menunggu peluang?

No comments:

Post a Comment