Tuesday, April 28, 2009

Kemelut Perak

Teringat cerita 16 September 08. MP BN lari... MP Pakatan kejar, walau masa tu Taiwan ribut mereka semua tak kisah. Rakyat dok tengok je gelagat mereka semua. Kekadang mereka semua seperti badut pun ada. Tapi itulah politik, apa nak diherankan.

Bila sebut politik.... aku baca blog parpukari. Kemelut politik di Perak.Aku tak berani nak cakap la kerajaan yang mana halal atau haram.... tapi dari segi logik.... aku rasa kerajaan BN kerajaan halal.

Aku hanya memakai teori mudah dan mengambil punca dimana kemelut ini bermula. Tapi..... sebenarnya aku malas nak taip.... sebab aku dah tulis dah..... hurmmmm.....

Kalau nak di ikutkan... lompat parti tak salah sebab tu BN kalut bilamana Anwar kata..." we got the number". Dulu masa nak lompat parti...... aku rasa orang Pakatan sokong 100% malah mereka tak sabar detik 16 September. Dan untuk mereka menghalalkan acara itu ..... mereka mengatakan BN juga melakukan... so... tak salah mereka buat camtu. Jadi mereka semua merestui amalan lompat parti.

Adun Bota lompat ke PKR.... mereka sambut dengan Allahdullilah..... Datuk Nasarudin Hashim dah insaf.... tapi bila ADUN Bota tu kembali ke BN bersama ADUN Pakatan Rakyat, mereka kata tak sah. Sebab apa.... hah~!... Amin.... inilah sebenarnya puncanya.. SPR yang kata... perletakan jawatan tak sah maka tiada kekosongan kerusi. SO..... SPR la punca krisis di Perak.

Babak pertama bermula.

SPR kata tak sah sebab surat perletakan jawatan itu diragui. So bila timbul keraguan.. mereka putuskan perletakan jawatan ADUN tersebut tidak sah....so... tiada la kekosongan kerusi. Kalau tak kosong manakan datangnya pilihanraya kecil...?? Mahathir pun ada cakap... dulu BN ada buat camtuh sebagai perisai..... tapi dia kata surat tu tak sah dari segi perlembagaan, so BN dah tak buat lagi..... hehhehhee.... Anwar tiru style BN ke..??

Babak kedua.
Kerajaan dibuat berdasarkan kerjaan majoriti dan bukan minoriti. Sebab tu, walau umno menang 27 kerusi, Sultan Perak tak bagi umno memerintah. So selepas adegan lompat.... kerusi mana yang banyak..? Kalau dulu cakap mulut laku... kenapa time kerusi BN banyak cakap mulut tak laku...?

Inilah sebenarnya politik.... segalanya nak putar belit. Cakap umno putar alam..... tak sedar.... Pakatan pun kuat putar alam.

NIzar yang tak nak letak jawatan.... ini yang dinamakan gila jawatan. Aku rasa sampai sekarang pun dia masih mengaku dia MB..... walhal semasa mengisi borang calon pilihanraya PRU Bukit Gantang dia hanya sekadar menyatakan jawatan.... ADUN dan bukan MB. DIa pun mengaku " semuanya dah jadi sejarah. "......... so....???

Kalau makamah menyatakan Nizar masih MB Perak.... so maksudnya keputusan pilihanraya Bukit Gantang boleh dicabar di makamah sebab Nizar salah isi borang...????? huh....

Inilah yang dinamakan krisis perlembagaan...

/me Sivakumar masih speaker kan.... kenapa BN tak lucut spt mana MB.... so fikir la sendiri....

No comments:

Post a Comment