Wednesday, April 8, 2009

Kj

KJ.... Nama yang panas dan dikatakan liabiliti pada umno. Namanya sering disebut oleh pakatan malah dikecam oleh Tun Mahathir sendiri. Aku tahu, Mahathir berbulu tengok KJ kerana KJ dan Pak Lah orang yang bertanggungjawab melepaskan Anwar. AKu juga percaya dengan isu tingkat 4.

Sepatutnya pakatan berterima kasih kepada beliau. Kerana KJ, Anwar bebas merdeka dan kerana KJ jugalah yang membawa ruang kepada pakatan untuk berdrama untuk mencapai cita-cita. Sepatutnya umno yang membenci KJ kerana dialah yang menjadi punca segala onak. Tapi kenapa KJ terus dihambat oleh pakatan,..?

Kenapa Pakatan tak habis-habis memburu KJ..? Selain mengejar isu, KJ salah seorang yang berani menyerbu markas Pas dan berani berhujah dengan Husam. Dari hasil debat mereka berdua , Husam ketinggalan jauh dari segi aspirasi dan ketokohan memimpin. Serba sedikit, aku rasa Husam tercabar kerana KJ banyak kali membuatkan mulut penyokong Pas bisu.

KJ tak memainkan peranan yang besar dalam pilihanraya 2 bukit dan satu batang tapi BN tetap kalah. Dia tahu kalau dia ke depan, dia akan jadi dipersalahkan diatas kekalahan barisan. Awal-awal lagi dia menyerahkan kepada timbalanya untuk mengetahui jentera dan selebihnya dia hanya sekadar di belakang tabir yang mencukupkan korum.

Tak mungkin KJ akan dibawa masuk ke kabinet Najib kerana dia orang Pak Lah dan banyak membawa liabiliti. Sekalipun KJ dibawa keluar dari barisan Pemuda, umno tidak akan mendapat sokongan rakyat. Aku rasa isunya sama seperti anak-anak Tun Mahathir satu ketika dulu. Lupakah tentang isu itu pada satu ketika dulu..??

Yang membezakan pemerintahan Tun dengan Pak Lah hanya KJ bergerak aktif dalam parti. Kalau disebut pemerintahan anak beranak.... halalkah pemerintahan anak beranak orang pakatan..??

Aku tak menyokong KJ tapi dari segi hakikat, walaupun dia sudah kelihatan slow mengapa dia harus diburu..? Pakatan takut dengan karisma KJ.? Yang aku nampak dia ada wawasan yang jelas walau hakikatnya aku tidak setuju apa yang dia bawa.

Pakatan sebenarnya akan membunuh pemimpin umno yang menonjol. Lihatlah menteri yang kurang populariti, mereka tidak ada isu. Bersihkah dia..?? ooo... tidak... mustahil ia bersih dari segala kotoran.

Apapun..... adakah sebaiknya dia keluar dari umno..?? andai ia satu jaminan bagi umno akan mendapat sokongan rakyat....... campakan dia di Rembau. Duduk rumah jaga anak..... huh...~~

No comments:

Post a Comment