Bukan tertarik dengan cerita mumyrokiah tapi itulah hakikat cerita umno dalam kain. Aku malas nak ungkai dan menaip tapi elok la orang-orang umno baca untuk muhasabah diri. Sesiapa orang kuat umno dia dah biasa dah dengan lumrah puak dan mengabaikan tanggungjawab mereka.
Mungkin cawangan umno aku tidak tergolong dalam ulasan tersebut. Umno cawangan aku amat mengalu-alukan orang menyertai parti dan aku sendiri yang akan menekan sesiapa yang akan membunuh Hang Nadim tuh. Tapi malangnya, kg aku ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk membawa tambah nilai kepada umno.
Beberapa perkara yang sikap pemimpin umno yang buruk dan aku tahu semua parti macam tuh:
" Kekalahan inilah yang di nanti-nantikan oleh UMNO Bahagian Merbok untuk menguatkan lagi hujah mereka supaya calun hendaklah dari UMNO Bahagian Merbok." Sebab nak jadi YB mereka sanggup tengok parti kalah.
"BN hanya menguasai daerah-daerah mengundi di kampung-kampung dan gagal memenangi hati rakyat di hampir kesemua daerah-daerah mengundi di taman-taman " org kg kurang pendedahan dan senang dipolitikan. Aku setuju ramai ketua cawangan tak ikhlas berjuang dan pandai berlakon. Alih-alih ambik nko.... semua tergadai.
"kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di taman-taman ini bermasaalah dan berpecah-belah sesama sendiri akibat dari pemilihan UMNO yang lepas. " yup.. terlalu berpuak dan kurang berkerjasama. Yang ini aku rasa amat penting dan aku naik pelik tahap heran bin ajaib. Sibuk merebut jawatan utk apa kalau semua dah tergadai. Bayangkan kerajaan 2 butir... umno nak jadi ketua pada siapa...? nak pangkat dari mana kalau dah kalah... semuanya macam syok sendiri.
" Tidak berlaku interaksi sesama ahli dan langsung tidak ada aktiviti kemasyarakatan di sini, jika adapun hanyalah aktiviti-aktiviti syiok sendiri " aktiviti amat memainkan peranan tapi malangnya umno sekarang lebih kepada politik dan menjauhkan diri kepada masyarakat. Terutamanya Pemuda yang lalai dalam membuat perkara sedemikian. Alih-alih...... padan muka. Daripada tabur duit kat Bukit Gantang dan memakan diri, kan lebih baik duit tuh buat belanja menguatkan parti dengan membuatkan perkara sedemikian. Adoii...... apa la umno ni. Parti yang akan jadi parti syok sendiri.
Apapun sudah terlambat. Tunggu kabinet Najib. Betul ke ada angin perubahan di NS..???
No comments:
Post a Comment