Thursday, April 30, 2009

siapa tahu

Iraq tumbang dalam sekelip mata di tangan US bukan hanya disebabkan oleh kekuatan tentera Amerika. Begitu juga dengan Palestin yang lemah bukan kerana tiada duit untuk kerajaan berbelanja. Antara faktor penting kekalahan mereka ialah tiada perpaduan dikalangan rakyatnya sendiri.

Kenapa Vietnam mampu memalukan Amerika..? Isunya bukan vietnam berjaya dalam mengatur startegi peperangan dengan membina banyak terowong..... tetapi Vietnam berjaya mengajak rakyatnya berjuang bersama menentang penjajah.

Bila kita sebut Palestin, kita akan hanya terbayang kekejaman Israel tapi kita tidak lihat kelemahan Palestin itu sendiri. Andai Palestin mampu membina kerajaan perpaduan, iaitu Hamas dan Fatah saling berkerjasama dan membuang ego masing-masing, aku yakin lama kelamaan Palestin mampu mengusir Israel di Genting Gaza.

Mengapa berpuluh tahun, kerajaan perpaduan ini tidak menjadi..? Setelah sekian lama rundingan diadakan, akhirnya mereka berkemungkinan akan berjaya membina negara Palestin. Selama ini biasanya rundingan ditaja oleh Amerika atau barat, maka ikhlas ke orang kafir ini membantu membina sebuah negara Islam..? Ikhlas ke CIA atau agen2 yang memberi dana kepada Pakatan untuk menumbangkan kerajaan..?

Berbalik kepada kerajaan perpaduan, sebenarnya suasana politik negara kita tidak ubah seperti Palestin. UMNO kelihatan seperti Fatah,, manakala PAS kelihatan seperti Hamas. Setelah kegentingan kepentingan melayu, Umno mengajak Pas bergabung membina negara tetapi oleh kerana "sebab " politik, ia seperti agak tersangkut.

Mungkin kerana musim pemilihan Pas, kelihatan 'projek' tergendala sebentar, dan keputusan samada menyambung atau memberhentikan projek tersebut adalah bergantung kepada keputusan pemilihan PAS Jun ini.

Andai puak endorgan 'mengambil alih' Pas maka projek ini akan ditamatkan. Tapi jika team Hadi Awang mampu mengekalkan kepimpinan, ada harapan kerajaan perpaduan itu terbina.

Apapun, mungkin situasi projek ini boleh dijangka dengan keputusan Pas dalam isu Penanti. Andai Pas meletakan calon, berkemungkinan Pas akan meleraikan ikatan bersama Pakatan. Andai itu terjadi, maka berkemungkinan juga Pas akan lemah buat seketika kerana pengikut mereka akan terbahagi 2.

Andai melayari blog Nik Abduh, anak kepada Nik Aziz, satu perkara yang menarik perhatian aku ialah kenapa orang yang dikenal pasti beliau oleh dalam isu ( tangan yang merosakkan Pas ) tahu akan panggilan telefon ayahnya kepada beliau.

Dalam hal ini, aku dapat simpulkan mungkin puak Anwar menyuruh Datuk Nik Aziz agar menyuruh anaknya berdiam diri tapi mungkin disalah tafsir oleh Nik Abduh. Oleh itu beliau terus menulis sungutan hatinya di dalam blog.

Andai orang Anwar berjaya menaluki Pas, kalau Umno sudah menyimpang dari perjuangan maka Pas juga mengikut jejak umno. Jadi apa yang tinggal untuk orang Melayu..?

Sebenarnya politik ini amat menarik dan tidak berat sangat sangat untuk difikirkan. Kalau Pas baru berura-ura nak memerintah, ada seperti badai yang membadai parti. Bagaimana kelak kalau pakatan ditakdirkan memerintah....?

Sekarang ni orang Pas semakin galak bertanding kerusi-kerusi yang agak tertinggi atas nama demokrasi. Tetapi bila pemimpin umno bertanding, mereka akan kata, orang umno suka berebut jawatan. Inilah dunia politik. So susah sangatkah politik untuk difikirkan..?

Kalau Pas meletakkan syarat Menteri Kewangan dan Pelajaran diberikan kepada Pas, bagi aku bagi menteri Pelajaran kepada Pas, Menteri Kewangan diberi kepada umno iaitu PM. Kalau Pas nak gak mintak Menteri Kewangan...... aduhai.... Pas ni mata duitan kahh..??

Bagi aku ia adil. Menteri Pelajaran bagi kat Pas, umno ambil kementerian pengajian tinggi. Mana yang lebih besar pangkat..? sekolah rendah ke sekolah menengah...? Menteri Kewangan 1 umno pegang... Menteri kementerian ke2 bagi kat Pas..... so.... adil bukan...?

Apapun, sebenarnya isu kerajaan perpaduan ini timbul ialah pemimpin umno atau pas (ulama) tahu akan kegentingan kepentingan melayu. Andai tidak diselamatkan.... tahun2020 nanti... kejayaan itu bukan milik melayu.

No comments:

Post a Comment