Semalam aku sempat buliten utama sebelum terlena. Lama gak TV3 menayangkan ucapan Najib. Bahasa tinggi yang digunakan Najib aku kesampingkan begitu sahaja. Aku malas nak fikir walaupun sekali lagi dia menggunakan perkataan tuntas.
Aku setuju bebenor jika sistem pertukaran kerja dilakukan diantara swasta dan kerajaan. Ini membolehkan orang kerajaan lebih kreatif dan tidak terlalu beku dalam menjalankan sesuatu kerja. Cukuplah perbezaan diantara rtm dan tv3, yang mana lebih kreatif..?
Kebiasaan staff kerajaan bekerja hanya melepaskan batuk ditangga. Bagi mereka kenapa mereka harus kerja kuat..? kerja kuat gaji sama saje dengan orang yang duduk bersembang di pejabat.
Mungkin sudah sampai masanya, kakitangan awam menggantikan PTK dengan KPI. Pengalaman aku yang dengan KPI ini sebenarnya membuatkan kita lebih cemerlang walaupun kekadang terdapat ketirisan di dalam perlaksanaan. Sebagai contoh, kalau baik dengan bos, kpi mereka mesti tinggi.
Minggu lepas, aku balik kg, then masa minum abc bawah pokok cerita pasal kerja. Kebetulan meja yang aku duduk semuanya orang kerajaan dan cerita pasal gaji atau kekosongan jawatan. Sembang punya sembang sampai la satu cerita, staff klinik kerajaan kat kg tak cekap dan malas.
hahahahha... apa lagi, aku bantai la. Mengapa tidak, gaji mereka semuanya besar tapi kerja...? dah tu mereka mengeluh gaji tak cukup..... aduhai..... cuba la fikir, orang swasta kerja pagi sampai malam tapi gaji sama dengan orang kerja kerajaan. Kerja nak mampus tapi tak mengeluh pun..... ni hah orang gamen... asyik fikir gaji tak cukup je..... then salahkan kerajaan.
Sebenarnya, dulu aku nak gak usulkan benda ni pada pengurusan, tapi aku fikir... kang aku gak yang terkena..... hurmmmm, nak wat pe aku cari pasal. Kerja banyak bukan gaji naik pun. Lagipun, aku ni bukan bos pun..... kalau aku ceo, mungkin aku dah buat dah.
/me dah mentaliti orang kerjaan camtuh... nak wat camne kan. Budak baru masuk, lama-lama ikut perangai staff lama. Kerja dok buat gosip yo..... so dah jadi tradisi turun temurun la.
No comments:
Post a Comment