Saturday, May 2, 2009

Suara pekerja

Tahun ni hari pekerja disambut dengan suara kehidupan. Suara Alam flora dan suara pekerja sektor swasta yang menuntut banyak perubahan dari kerajaan dan majikan. Aku faham kenapa isu masalah yang dibangkitkan oleh MTUC tidak dapat ditangani oleh majikan dan kerajaan dengan cepat.

MTUC menuntut kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 sebulan. Kalau justifikasi keperluan dari pihak pekerja memang ia ada asas kepada tuntutan tersebut. Ini kerana kos hidup sekarang tinggi jika dibandingkan dengan gaji yang diterima oleh sebahagian pekerja swasta.

“ aku sebagai drebar mendapat gaji minima RM900 dan berapa pula harus dibayar kepada seorang engineer .?”

Persoalan ini nampak mudah tapi sebenarnya ia menyentuh asas kepada inflasi dan nilai ringgit itu sendiri. Aku tidak nampak jalan penyelesaian malah perlbagai masalah akan timbul andai tuntutan itu dilaksanakan.

Aku juga pekerja swasta dan aku juga tidak berpuas hati dengan kerajaan ketika gaji kerajaan mencanak naik tetapi ramai pekerja swasta dibelenggu kemiskinan. Tapi aku kena bersikap rasional dalam memberikan pendapat.

Kalau dicari punca kenapa kos hidup meningkat, kita akan zoom kepada kenaikan harga minyak baru-baru ini. Boleh disimpulkan bahawa kenaikan minyak juga menyebabkan Pak Lah turun tahta kerana desakan rakyat.

Salah satu sebab aku tidak setuju kenaikan harga minyak ialah, kenaikan barang mesti tidak terkawal dan yang paling penting ialah kerajaan juga terpaksa mengeluarkan banyak belanja untuk menebus balik kesilapan itu.

Berapa banyak kerajaan dapat menjimatkan belanja andai semua perkara ini diteliti. Rebet kenderaan harus dipulangkan kepada rakyat, banyak subsidi harus ditambah, cukai kerajaan banyak dikurangkan dan paling penting ialah subsidi untuk orang kerajaan iaitu kenaikan gaji dan elaun yang tidak munasabah ditanggung selamanya.

Sebenarnya, antara penyumbang terbesar masalah ini ialah gaji sektor awam yang tinggi lalu menyepit sektor swasta. Cuba bayangkan, kekadang gaji seorang juruteknik kerajaan hampir sama dengan seorang engineer swasta.

Masalah ini menyebabkan struktur gaji di negara kita tidak stabil. Bila upah dan gaji tidak selaras maka keadaan harga barangan juga tidak menentu. Andai senario ini kita teliti dan dijadikan iktibar, kita seharusnya tidak terjebak kali kedua dalam isu yang sama. Mungkin ada penyelesaian yang lain seperti rebet tunai ini harus diteruskan untuk pekerja swasta sahaja. Mungkin juga system cola harus diperluaskan kepada sektor swasta.

Bayangkan, kalau gaji semua pekerja meningkat.. adakah harga barangan akan kekal..? bukankah ia sama dengan senario kenaikan minyak tersebut..?

Bayangkan kalau pelabur cabut lari kerana upah dan gaji orang Malaysia tinggi..? Siapa akan rugi..? Semua orang nak kerja dengan kerajaan..?

Adakah kenaikan gaji itu mampu membuatkan kita mempunyai kuasa membeli..? lupakah kita sejarah duit daun pisang satu ketika dulu..?

Jadi…. Apa yang harus dilakukan oleh kerajaan.? Inilah bila dah terlajak semuanya susah kepada yang asal. Harapan aku ialah, biarlah swasta mengikut skim gaji kerajaan. Disini mungkin MTUC boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan dengan memberikan pekali yang sepatutnya kepada kerajaan.

Siapa yang biasa terlibat dengan CA mereka tahu apa yang aku maksudkan. Isu capping biasanya tidak disukai oleh orang lama…. Kenapa tidak, jika gaji junior sama dengan gaji senior, masakan orang tak mengamuk. So….pilihan ditangan kita, samada kita memilih untuk merosakan negara atau kita ingin hidup dengan lebih selesa..?

Tanya pekerja, Tanya MTUC… apa kata mereka..?

No comments:

Post a Comment