Monday, April 13, 2009

Sirit.....

Kali ni aku tertarik dengan tulisan Datuk Kadir Jasin. Terkedu dia menjawab soalan Sinbad. Jawapan sekadar penyedap rasa ibarat masakan yang tidak ada gula dan garam. Dari apa yang ditulis aku rasakan dia bukan penulis politik sebenar. Ruang lingkup politiknya hanya pada umno dan sekadar "berkawan" dengan PAs.

Aku cuma nak edit yang mana berkenan je....

Sepak terajang berlaku dalam semua parti. Ini adalah hakikat sebenar dalam dunia politik. Ini terbukti posting yang diforward oleh perisik. Bagi aku itu hanya intro sebab perisik bukan ahli politik tapi hanya sebagai reformis je.

" DAP adalah jelmaan Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party) Singapura. Ia mengambil alih peranan PAP di Malaysia apabila Singapura keluar Malaysia pada tahun 1965;"

Terbukti DAP adalah bayangan PAP Singapore dimana acuanya adalah sama dengan PAP maka DAP akan menjadikan Malaysia seperti Singapore. Sanggupkah kita jadi seperti melayu Singapore..?

" Abdul Khalid Ibrahim adalah eksekutif korporat yang amat rapat dengan bekas Pengerusi PNB, Allahyarham Tun Ismail Ali. Dia menjadi kaya raya apabila dianugerahkan “golden handshake” berbentuk lima peratus saham Kumpulan Guthrie dan hak menguruskan firma perladangan raksasa itu; "

Kaya raya...? hahaahhaha.... paku dulang paku serpih. Cakap orang padahal diri sendiri pun dapat lebih. Kerana tak dapat jawatan dalam umno lalu sanggup tukar parti. Ini taktik orang politik. Termasuk la di kg2 yang menyatakan perjuangan, padahal perjuang balas dendam kerana tak dapat keuntungan. Pls.... jangan temberang la.....

Semasa pilihanraya dulu, calon keadilan songlap duit parti... ahli-ahlinya diam. Merungut di belakang seperti perisik gak. Siapa yang cakap..... orang keadilan gak... dulu aku ni tak kisah tapi selepas Anwar sanggup menggadaikan kepentingan melayu.... lawan tetap lawan.....

" Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas."


Kalau ini tulisan jujur dari Kadir Jasin, hahhaha.... aku no komen la..... dah tau camtuh, kenapa harus sokong lagi. Cerita politik Kelantan Kedah boleh la... semua melayu. Tgk Selangor camne.. bagi kelulusan buka pub lebih masa pun orang Umno yang kena... cilanat..... cerita politik bagai nak rak.. dia tau semua..... kalau ini pun tak leh pikir kululusan kuasa sape.... tok sah la cerita.

Bagi aku, semua yang ditulis Datuk Kadir ni hanya basic..... semua orang tahu. Kalau sesiapa baru tahu nampak sangat baru nak ambik tahu kisah politik.

Kenapa Sinbad menyatakan sedemikian. Dalami pengetahuanya.... aku rasa dia bukan calang - calang orang.

Apapun, Adakah Datuk Kadir percaya Anwar dengan konco-konconya tak pernah merasa politik umno. Bersih sangatkah Azmin, Kamarrudin..? tak yah gebang la.. kalau nak bukti.... sape yang bercerita tentang umno juga silalah bagi bukti. Berikan SPRM...... apa nak susah... cakap semua orang boleh cakap.

Logik ke s/u sulit tak makan..?? langkah mayat dia (Azmin Ali) sesiapa yang nak jumpa Anwar. Semuanya nak percent. Itu intro je..... ala...... jangan nak gebang la...... itu cerita Azmin dulu.

" Kamaruddin Jaafar adalah orang kanan Anwar dalam Abim dan Yayasan Anda. Dia ikut Anwar masuk Umno pada awal tahun 1980an dan melalui Umno membina landasan politik arus perdananya. Seorang yang baik, waras dan intelek; "

So takde la umno teruk sangat kalau Datuk Kadir kata Kamuriddin ni baik. Atau kalau label umno je, tak baik tapi kalau masuk permbangkang je mesti dia orang baik-baik..? gitu ke..? Pegi jalan la..... kata umno menipu tapi bila depa, semuanya betul.... bongok betul arr....

Epul..... kalau nko baca blog aku.... ambik nko.....Siritt.....

/me terhapus semua dosa bila masuk pembangkang.... kelempes tol la.....

Belum memerintah tapi ... 1 2 3

No comments:

Post a Comment