Ramai blogger sibuk cerita gelombang erdogan membadai Pas. Yup.... itulah yang aku tunggu sebagai bukti aku aku tak citer kedai kopi. Game baru nak bermula, aku tak leh nak komen panjang-panjang. Tapi dari segi hakikat.... kalau depa kata umno tak relevan.... terbuktilah orang lama Pas juga tidak relevan.
Andai dianalisia, pembaharuan dalam Pas sebenarnya adalah mengikut watak dalam umno. Pas 'lama' tidak boleh berkembang jauh kerana landskap rakyat terdiri dari pelbagai kaum. Oleh itu, Pas 'baru" terpaksa mengikut rentak tari dari pakatan rakyat demi survival parti itu.
Angin moderate yang dibawa oleh Pas sekarang adalah adaptasi dari cara pemerintahan umno kerana kebanyakan orang PKR adalah orang umno dan Anwar sendiri ialah bekas orang kuat umno. Sebab itu tanpa rasa bersalah Nizar menyatakan, Pas sememangnya tidak berhasrat membuat negara Islam.
Dalam Pakatan Anwar hanya hebat dimata orang bukan melayu tetapi bukan semua ahli Pas. Dalam hal ini, Anwar bijak menggunakan kelemahan umno dimana umno hanya mengutamakan melayu dan secara tidak langsung menegakkan Agama Islam.
Aku tahu orang lama Pas seperti Hadi Awang agak keberatan untuk menggadaikan kepentingan melayu kerana politik peribadi tapi apakan daya, gelombang Anwar sendiri telah berkembang dalam Pas. Andai Hadi Awang kekal sebagai Presiden, tak ubah beliau hanya presiden atas nama dimana suaranya bak bangau di bendang.
Demokrasi dalam Pas dijadikan ukuran..? entahlah.... aku bukan pensyarah sains politik yang tahu perjalanan politik semua parti. Tapi dari apa yang aku tahu, Pas banyak mengikut rentak umno. Kalau tak silap aku, kalau pemilihan umno yang lepas ia tidak dicabar.... maka Pas juga tidak dicabar, begitulah sebaliknya. So aku yakin, pemilihan kerusi presiden kali ini akan dicabar oleh golongan endorgan.....
Pas semakin kuat...? Nampak gaya macam Pas lebih kuat daripada Keadilan. Ini disebabkan Keadilan dilihat seperti parti yang carca merba. Cuba lihat isu semasa...... ia banyak diwarnai oleh orang Keadilan termasuklah terkini DUN Penanti.
Apa yang amat mengjengkalkan aku pada Pas ini ialah....... ibaratnya, siapa yang menyokong parti Pas atau orang yang hanya bersongkok putih mereka ini seperti dia lebih Islam dari orang umno. Mereka boleh kata apa sahaja tentang Islam atas alasan untuk menegakkan Islam. Walhal..... aku menyokong agama dalam politik dan bukan agama untuk dipolitikan. Aku tak nak agama ini jadikan modal sembang kedai kopi.
Sebenarnya aku bengang betul dengan orang melayu ni. Senangnya mereka diperbodohkan. Hantar memorondum pada Agong kerana Najib banyak isu yang tidak selesai...... tapi Anwar masih berdepan kes di makamah tapi sibuk diangkat jadi Perdana Menteri. Dan satu lagi yang anehnya..... mereka boleh terima terima lagi Adun Lanjan jadi EXCO..???? hahhahahha..........
Woii... politik ini sama la..... tapi kenapa nko nak gadaikan bangsa aku...??? nko ingat orang bukan melayu sokong pakatan sebab melayu pakatan pandai sangat ke...?? mereka sokong sebab mereka ini bodoh dan boleh dipergunakan la...... adoii.... apa la.... tak pahammmmm betui aku....
/me teringat babak pendekar bujang lapok kat kubur..... "cobaan." .... ini bukan cobaan la bodoh.... "cobaan" walau berguling-guling di tanah... 'cobaan".... huh.... camne nak la menyedarkan melayu ni.... huh...
No comments:
Post a Comment