Alaf ni, alaf yang menuntut perubahan. Perubahan bukan sahaja dari politik tapi perubahan untuk merebut peluang. Samada peluang perkerjaan, peluang mencari duit dan peluang untuk mencari jodoh.
Mengintai peluang kerja di sektor awam, aku rasa hampir semua orang mencuba nasib. Pantang ada kekosongan di jabatan kerajaan, semua akan berpusu-pusu untuk mengisi kekosongan.
Kalau kekosongan perlukan SPA, aku rasa itu ikut rezeki. Bukan senang nak dapat keje gamen ni. Sebagai contoh, aku ada kawan yang boleh tolong untuk sampai tahap interview, tapi selepas itu dia kata dia tak boleh tolong. So… akhirnya akan ikut rezeki kita kan…
Peluang perniagaan. Satu cabang yang menarik untuk diperkatakan. Sebut perniagaan, sekarang bermacam-macam perniagaan ada. Sampai satu tahap, perniagaan yang dipanggil perigi duit pun ada.
Orang sekarang suka mencuburi bidang MLM. Aku no komen bila sebut skim Pak Man Telo ni. Yang pasti MLM menjana duit dengan cepat. Sekarang ramai orang muda mampu berkereta besar hasil dari skim mlm, so siapa kata mlm ni tak bagus.
Senang atas kesengsaraan orang lain aku pun no komen. Semua bergantung pada usaha. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak..? rite..?
Peluang mencari jodoh. Ini lagi best untuk lelaki. Aku syorkan lelaki yang belum berkahwin, elok cari cikgu atau perempuan yang kerja dengan kerajaan. Kalau dapat awek kerja pegawai kerajaan lagi bagus.
Semuanya demi masa depan. Alang-alang menumpang kat dunia ni, apa salahnya kita menumpang rezeki orang. Tak kisah la orang nak cakap apa, yang penting kebahagian kita kan…. So…. sape yang ada aweks tak kerja dengan kerajaan….. tunggu apa lagi… cepat-cepat la sms selamat tinggal… hahahhahhaa…..
amboi suko2 nak tglkan aweks yg x kejo gomen..tak baik tuh.apola yang dipandang org keja gomen nih..bagi sebab2 munasabah skt..
ReplyDeleteSesungguhnya suami saya seorang yang bijak kerana memilih saya yag kerja gomen ni sebagai isterinya.
ReplyDelete