Aku rasa semua orang tahu apa itu CTOS. Jika difikirkan sepatutnya kerajaan telah membuat kerja rumah tentang isu ini. Tapi hingga kini kerajaan berpeluk tubuh sahaja dan membiarkan isu ctos itu senyap begitu sahaja.
Sebenarnya data kewangan peribadi setiap orang adalah penting tapi ctos dengan mudah mencuri dan menjual data kita dengan sewenang-wenangya. Di negara maju aku tak tahu jenis sistem yang mereka guna pakai. Tapi kalau ia umpama ctos juga, tapi ia bukan menjadi alasan untuk kerajaan tidak membuat tindakan yang lebih proaktif.
Pendapat aku kerajaan sepatutnya sudah mengorak langkah untuk membina bank data kewangan setiap rakyat. Dan kalau ia boleh diperluaskan untuk menjadi bank data peribadi setiap orang itu lebih baik. Bank data yang aku maksudkan ialah dimana setiap orang boleh mencapai maklumat peribadi seperti pencapaian akademik seseorang dengan hanya capaian internet sahaja.
Apa yang aku tahu, ada seorang yang telah berjaya membuat bank data peribadi seperti ini. Kerajaan yang punya kemudahan yang luas, kenapa sehingga sekarang tidak mampu untuk membangunkan sistem data kewangan rakyat..? Kalau ctos boleh kenapa kerajaan tak mampu buat..??
Aku tak tahu kenapa sampai sekarang ctos boleh terlepas begitu sahaja. Aku memang tak berpuas hati kerana aku merupakan salah seorang yang terkena dengan ctos. Adakah anda tidak terjebak dengan ctos...? hehhehhe.... sape kata..? semua bank akan merujuk ctos sebagai sumber rujukan. Samada anda blacklist atau tidak, itu bukan persoalan......... persoalan yang penting adalah.... data kewangan anda telah diceroboh oleh orang.... anda puashati ke...?
Anda pemegang kad kredit....? Pernah dapat sms dari promosi sesebuah syarikat...? dimana mereka ini mendapat maklumat anda..?? huh.... kelempess lagi....
No comments:
Post a Comment