Guru..... beruntung jadi guru. Gaji dunia dapat, insyallah gaji akhirat pun dapat. Seorang engineer tak dipanggil jurutera di segenap tempat, tapi guru.... kat kedai kopi pun guru akan dipanggil cikgu. Inilah kelebihan kerja sebagai guru, statusnya dipandang tinggi oleh masyarakat.
Dalam hidup hanya 3 perkara yang dibawa mati. Salah satunya ilmu yang berfaedah. Kerana apa..? Orang yang berilmu dianggap perwaris Nabi dimana Allah mengangkat darjat seseorang itu kerana ilmunya.
Tapi kini, cabaran seorang guru terlalu besar. Tuntutan zaman dah berubah. Dulu murid takut pada guru, tapi sekarang guru takut murid. Dulu mak ayah memberi penuh kepercayaan pada guru tapi sekarang ibubapa lebih percaya kata2 anak anak sendiri.
Fenomena ini banyak menyumbang kepada melahirkan insan yang tidak produktif. Gejala sosial makin bertambah. Ini kerana banyak tugas mendidik dipertanggungjawabkan kepada guru sedangkan tanggungjawab itu sebenarnya adalah tanggungjawab ibubapa.
Dalam konteks mendidik, guru hanya mendidik dari konteks akademik tidak mendidik secara menyeluruh. Akan tetapi, semampu yang boleh pelajar akan dibekalkan segenap ilmu dunia dan akhirat sejajar dengan nama sekolah sebagai tempat untuk melahirkan insan yang berguna di hari kemudian.
Kuasa untuk mendidik anak2 adalah ibubapa. Dalam agama sendiri menekankan agar ibubapa mendidik anak2 sejak dari kecil lagi. Mereka berhak merotan mengikut lunas agama dan kehidupan. Sebagai contoh, mendidik anak2 solat adalah tanggungjawab ibubapa kerana banyak masa anak2 bersama keluarga. Tapi kini, adalah benar anak2 banyak menghabiskan masa dengan ibubapa..?
Ipar aku seorang guru dan aku pernah sembang tentang kuasa guru kerana aku tahu kuasa guru adalah terhad. " Dulu aku selalu tangkap murid ponteng sekolah, tapi bila polis bagitau guru sebenarnya tidak ada kuasa menangkap pelajar ponteng, aku dah malas dah. "
Sedihkan.. guru yang produktif tapi dikekang dengan keadaan. Begitu juga hukuman merotan dimana ia terhad hanya kepada guru displin. Ibaratnya sekarang murid sekarang tidak boleh dijentik oleh guru. Akhirnya, guru hanya mengambil pendekatan, " lantak nko lah, nko gak yang rugi asalkan aku dapat gaji. "
Adakah guru dipersalahkan sepenuhnya dalam kes ini..? Bukankah sepatutnya guru perlu sedikit kuasa dalam mendidik..?
Walauapapun, aku tahu mentaliti guru camne. Kebanyakan minda mereka dikepompong akademik semata2. Tak caya, cuba perhatikan antara seorang guru dengan engineer.... mesti berbeza. Sama seperti budak diploma dengan degree... dari luaran kita tahu mereka pelajar kolej atau U. Kalau tak dapat bezakan, mungkin analisa anda kurang baik.
/me bini bukan guru tapi aku tetap bersyukur dengan seadanya. Sayang awak....
No comments:
Post a Comment